Covid-19 : 1114 kes baru hari ini dengan 2 kematian

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Secara keseluruhannya, sehingga 14 November 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 1,114 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 46,209 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 12,131 kes.

Untuk makluman, negeri Sabah mencatatkan sebanyak 391 kes (35.1 peratus) daripada keseluruhan kes positif pada hari ini. Negeri Sembilan pula melaporkan sebanyak 371 kes (33.3 peratus) daripada keseluruhan kes positif harian, yang sebahagian besarnya adalah daripada Kluster Cergas iaitu sebanyak 363 kes (97.8 peratus). Negeri-negeri di Lembah Klang mencatatkan sebanyak 217 kes positif pada hari ini. Daripada jumlah ini, sebanyak 145 kes adalah daripada kluster-kluster (66.8 peratus).



Sebanyak 65 kes (5.8 peratus) yang dilaporkan adalah berkaitan kluster-kluster di penjara. Ini melibatkan Kluster Tembok (45 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (14 kes), Kluster Penjara Sandakan (3 kes), Kluster Penjara Kepayan (2 kes) dan Kluster GK Tawau (1 kes).

Ingin dimaklumkan daripada 1,114 kes baharu pada hari ini, terdapat dua (2) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Dua (2) kes import tersebut melibatkan seorang warganegara dan seorang bukan warganegara yang tiba dari negara:

Indonesia (1 kes di Selangor); dan
Jordan (1 kes di Sarawak).



Berita lanjut menyusul

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker