Ada percikan api dan bunyi tembakan

Yan: Polis mengesahkan berlaku kejadian tembakan membabitkan anggota keselamatan yang bertugas mengawal kawasan sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam, pagi semalam.

Kejadian dipercayai berlaku pada 6.30 pagi ketika anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) melakukan rondaan di kawasan sempadan.

Ketika itu anggota terbabit ternampak seorang lelaki sedang berdiri berdekatan pagar keselamatan dalam kawasan negara jiran.

Kemudiannya, anggota PGA terbabit ternampak percikan api dan terdengar bunyi tembakan sebelum lelaki itu dilihat melarikan diri dengan menaiki sebuah kenderaan.

Ketua Polis Kedah Datuk Hasanuddin Hassan mengesahkan laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Beliau berkata, dua kelongsong peluru ditemui di tempat kejadian.

“Pasukan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah sudah ke lokasi untuk menjalankan siasatan.

“Kita tidak menolak berkemungkinan wujudnya elemen ugutan ke atas anggota PGA disebabkan kawalan ketat di kawasan sempadan menyebabkan kegiatan penyeludupan sukar dilakukan.

“Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan dan anggota PGA sudah diminta bersiap sedia menghadapi apa juga ancaman,” katanya ketika ditemui selepas melakukan tinjauan Ops Benteng, hari ini.

Sehubungan itu, Hasanuddin menasihatkan anggota keselamatan yang bertugas di sempadan negara ini supaya berhati-hati ketika menjalankan tugas dan teruskan mengawal ketat kawasan sempadan negara.

“Kita juga sudah memaklumkan kejadian kepada pihak keselamatan negara jiran juga berjanji akan membantu dalam kes ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan tiada tangkapan dilakukan setakat ini,” katanya. HM

Polis buru ahli ‘Geng 21’ libat kes samun, cubaan bunuh

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker