Amaran hujan lebat di Pantai Timur, Johor, mulai esok · MYKMU.NET

Amaran hujan lebat di Pantai Timur, Johor, mulai esok

Share

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca waspada peringkat kuning dengan hujan lebat dijangka berlaku di beberapa kawasan di Pantai Timur dan Johor, mulai esok.

Ketua Pengarah MetMalaysia Jailan Simon.
Ketua Pengarah MetMalaysia Jailan Simon berkata, hujan lebat dan angin kencang akan bermula di beberapa kawasan seperti Bera, Pekan dan Rompin di Pahang dan Mersing dan Kota Tinggi di Johor.

Beliau berkata, bandar Kuantan, seluruh Terengganu dan beberapa kawasan di Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh), dijangka turut mengalami cuaca yang sama pada hari Selasa dan Rabu.

“Angin kencang timur laut berkelajuan 40-50 km sejam, dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dijangka berlaku di perairan Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan, dalam tempoh tersebut.

“Kejadian ini boleh mendatangkan risiko limpahan air laut di pesisir pantai dan muara sungai kawasan terbabit,” menurut kenyataan itu. Bernama

MetMalaysia jangka angin kencang, laut bergelora akibat lekukan tropika

Leave a Reply