MetMalaysia jangka angin kencang, laut bergelora akibat lekukan tropika · MYKMU.NET

MetMalaysia jangka angin kencang, laut bergelora akibat lekukan tropika

Share

KUALA LUMPUR, 8 Nov — Jabatan Meterologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan keadaan angin kencang dan laut bergelora di perairan negara ini.

Menurut kenyataan jabatan itu, keadaan tersebut dipengaruhi oleh lekukan tropika yang dikesan kira-kira 505 kilometer dari barat laut Mindanao, Filipina, pagi tadi.

“(Lekukan tropika) bergerak ke arah barat dengan kelajuan 18 km sejam, dengan kelajuan angin maksimum 56 km sejam,” demikian menurut kenyataan itu.

Menurut MetMalaysia, jarak lekukan tropika itu dengan bandar terdekat ialah kira-kira 854 km ke timur laut Kudat, Sabah.

Kepada rakyat Malaysia elakkan pergi ke kawasan pantai leb8h-lebih lagi untuk berenang. Banyak sudah kes lemas di dalam keadaan cuaca yang tidak menentu ini.

Pastikan anda semua utamakan keselamatan diri dan keluarga.

Ribut petir diramal melanda lagi malam ini

Leave a Reply