Ribut petir diramal melanda lagi malam ini

Share

Kuala Lumpur: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir serta hujan lebat dan angin kencang di hampir semua kawasan di seluruh negara, sehingga 9 malam ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, amaran itu dikeluarkan bagi seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, Perlis, Perak, Selangor dan Melaka.

Turut dijangka mengalami cuaca serupa adalah beberapa kawasan di Kedah iaitu Kubang Pasu, Kulim dan Bandar Baharu selain Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan dan Rompin di Pahang.

Amaran ribut petir turut dikeluarkan bagi kawasan Seremban, Port Dickson dan Rembau di Negeri Sembilan serta Batu Pahat, Kluang, Mersing, Kulai dan Kota Tinggi di Johor.

Di Sarawak pula, kawasan mungkin terkesan ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri serta Limbang dan Marudi.

Ribut petir turut dijangka melanda Sabah di kawasan pendalaman Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort, selain Kota Belud serta Sandakan (Tongod dan Kinabatangan) dan Kudat (Kota Marudu). Bernama

Leave a Reply