Gangguan bekalan air pulih sepenuhnya · MYKMU.NET

Gangguan bekalan air pulih sepenuhnya

Share

Shah Alam : Gangguan bekalan air tidak berjadual di wilayah Petaling, Gombak, Kuala Lumpur, Kuala Langat dan Kuala Selangor sudah pulih sepenuhnya pagi ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) bagaimanapun berkata, dua wilayah masih lagi dalam proses pemulihan adalah Klang/Shah Alam (92 peratus) dan Hulu Selangor (91 peratus).

“Sehingga 7 pagi ini, sejumlah 1,263 atau 99 peratus kawasan sudah menerima bekalan air sepenuhnya, daripada 1,279 kawasan yang terjejas.

“Sementara itu, 16 kawasan di wilayah yang terjejas masih lagi dalam proses pemulihan dan akan menerima bekalan air secara berperingkat-peringkat.

“Bagi wilayah Klang/Shah Alam, kawasan masih dalam proses pemulihan adalah Bukit Kerayong, Perepat, Perindustrian Pulau Indah Fasa 2, Pulau Ketam, Seksyen 16 dan Padang Jawa.

Bekalan air di Lembah Klang pulih sepenuhnya Jumaat

“Seksyen 17, Seksyen 18, Seksyen 19, Seksyen 20, Seksyen 22, Seksyen 23, Seksyen 24, Seksyen 25 serta Sementa sementara di wilayah Hulu Selangor membabitkan Rawang Perdana dan sebahagian Bukit Rawang Putra,” menurut kenyataan itu.

Air Selangor juga mengingatkan pengguna yang sudah menerima bekalan air dinasihatkan untuk menggunakan air secara berhemah bagi memastikan pelan pemulihan bekalan air berjalan lancar.

“Bantuan bekalan air alternatif melalui pili–pili awam dan pusat khidmat setempat (PKS) masih lagi disediakan untuk kemudahan pengguna yang masih lagi terbabit dengan gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

“Pengguna disarankan mendapatkan maklumat status pemulihan bekalan air yang dikemaskini dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi rasmi kami iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook, Instagram Air Selangor dan laman sesawang www.airselangor.com,” katanya.

Wanita UMNO Saran Kerajaan Teruskan Moratorium Sepenuhnya

Leave a Reply