Bekalan air di Lembah Klang pulih sepenuhnya Jumaat

Bekalan air di Lembah Klang akan pulih sepenuhnya pada 3 petang Jumaat ini, manakala beberapa kawasan dijangka mendapat bekalan esok, kata Air Selangor hari ini.

Katanya, loji rawatan air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang beroperasi semula pada 2.40 pagi tadi, selepas bacaan TON direkodkan 3 kali berturut-turut.

Katanya, bekalan air juga dapat diagihkan lebih awal ke beberapa kawasan pada 1.45 tengah hari tadi, berikutan penyaluran air bersih pada sistem agihan berjalan lancar.

Pelan pemulihan kali ini dibahagikan kepada 2 kumpulan, dengan kumpulan pertama merangkumi 599 kawasan dijangka pulih pada 3 petang esok.



Kumpulan ke-2 pula akan pulih sepenuhnya pada 3 petang Jumaat merangkumi 680 kawasan.

Maklumat pemulihan kawasan terbabit boleh didapati di sini.

Sementara itu, Air Selangor menyatakan kekecewaan dengan pencemaran yang kerap berlaku kerana ia menyebabkan loji terpaksa ditutup dan secara langsung memberi impak kepada pengguna.

“Justeru, kami menyokong penuh usaha pihak berkuasa untuk membanteras jenayah alam sekitar agar sungai kita tidak terus tercemar.



“Kami percaya, pihak berkuasa yang berkenaan menjalankan tugas mereka untuk menyelesaikan perkara tersebut.

“Kami terus komited dalam memastikan pengguna Air Selangor mendapat bekalan air mereka mengikut jadual yang kami sediakan,” katanya dalam kenyataan.

Empat individu ditahan susulan pencemaran terbaru Sungai Selangor, yang menyebabkan 1,139,008 isi rumah di 1,279 kawasan di Lembah Klang terputus bekalan air semalam.

Sehingga kini, 6 kejadian gangguan bekalan air tidak berjadual akibat pencemaran dilaporkan, dengan penutupan LRA pada 17 Mac, 16 April, 3 September, 4 Oktober, 19 Oktober dan 10 November.



Sementara itu, paip pecah turut menyebabkan gangguan air tidak berjadual pada 7 Februari, 5 Mei, 3 Jun, 11 Jun, 21 Julai, 6 Ogos, 16 September, 14 Oktober dan 16 Oktober. FMT

Lagi pencemaran bau di Sungai Selangor, harap MB segera pergi bau



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker