Azwan Ali tak mati dek keji, tak hidup dek puji

Share

Kuala Lumpur: Pengacara sensasi, Azwan Ali, 54, menyifatkan dia masih berasa ‘seperti mimpi’ apabila mendapat peluang kembali mengacarakan program di TV3.

Ahad lalu, Azwan muncul sebagai pengacara program Lagu Cinta Kita musim kedua (LCK2) bersama pelakon dan penyanyi, Elly Mazlein selepas kali terakhir dia mengacarakan Juara Lagu pada 1995 di stesen TV itu.

Mengulas mengenai kemunculannya yang mendapat pujian daripada warganet, Azwan yang menggelarkan dirinya ‘Diva AA’ berkata, perasaannya begitu teruja, terharu dan terkedu.

“Sebenarnya bukan tak hairan pun dengan pujian diberi itu, tapi sudah menjadi prinsip hidup saya selama ini, ‘tak mati dek keji, tak hidup dek puji’. Apa yang boleh dikata, saya sudah lalui fasa kehidupan amat dahsyat. Allah SWT sudah uji saya dengan dugaan terlalu besar, namun tak ada orang pun yang tahu.

“Antara dugaannya dengan adik-beradik, keluarga dan karier saya. Bagaimanapun, saya bersyukur Allah beri tahap kesabaran yang tinggi. Walau dihina dan dikeji sejak bertahun-tahun lama oleh netizen, saya tetap cekal. Alhamdulillah, saya jalani kehidupan dengan baik dan sentiasa gembira. Tidak pernah saya alami kemurungan akibat dikecam netizren dengan pelbagai kata nista yang meremukkan hati,” katanya kepada Harian Metro.

Azwan berkata, jika dia tidak kuat semangat serta reda, pasrah dan tawakal, pasti jiwanya kacau kerana kecaman-kecaman diterima itu sudah membuatkan hatinya cukup remuk.

‘Jika saya nak terus fikir semua kecaman itu, hati saya bukan setakat terguris, tapi sudah remuk hancur. Sukar untuk saya gambarkannya. Apapun, terima kasih diucapkan kepada semua yang sudah menonton episod pertama LCK 2 dan nantikan kemunculan kali kedua saya pada Ahad ini, jam 9 malam di TV3,” katanya.

Katanya, sejak muncul mengacarakan LCK2, sudah beberapa hari komen berbaur kecaman daripada netizen buat dirinya tiada, namun apa yang dituliskan mereka hanya pujian.

Ditanya apakah kecaman paling pedih dan tidak boleh dilupakannya, Azwan berkata, hingga kini dia masih terus teringat dengan kecaman netizen yang mengatakan, ‘padan muka tak ada ‘job’ keluar TV.

Katanya, dia tahu dirinya memang sudah lama tidak muncul sebagai pengacara di TV, tetapi di sebalik dugaan yang Allah beri itu, masih ada perancangan terbaik sudah diaturkannya

“Syukur Alhamdulillah, walaupun saya nampak seperti tak ada kerja selama ini, tapi saya tak pernah alami masalah kewangan. Ia memang cukup untuk diri saya,” katanya-HM

‘Dulu hari-hari orang kecam, sekarang tidak lagi’ – Azwan Ali

Leave a Reply