Vanuatu catat kes Covid-19 pertama

Republik Vanuatu mencatat kes pertama Covid-19, pagi semalam. – AFP

PORT VILA, Vanuatu – Republik Vanuatu mencatat kes pertama Covid-19 menerusi seorang warganegaranya yang dihantar pulang dari Amerika Syarikat (AS), semalam.

Individu itu didapati positif virus korona ketika menjalani proses kuarantin.

Vanuatu adalah antara sebilangan kecil negara di dunia yang sebelum ini berjaya mengelak jangkitan pandemik koronavirus.

Jabatan kesihatan tempatan berkata lelaki berusia 23 tahun itu tidak bergejala ketika pulang ke Vanuatu pada 4 November lalu.

Jangkitan virus korona hanya disahkan selepas dia menjalani ujian rutin hari kelima pada pagi semalam.

Pihak berkuasa memberitahu mereka bercadang untuk meletakkan semua yang berada dalam penerbangan bersama pesakit itu dalam proses kuarantin dan mengesan kontak rapatnya.

Namun begitu, tiada sebarang perancangan untuk menutup sempadan antarabangsa di negara yang mempunyai populasi penduduk seramai 300,000 orang itu. – Agensi

Kosmo

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker