Belanjawan 2021 selami pahit getir rakyat harungi pandemik
SEBAHAGIAN besar penganalisis ekonomi tempatan, mahupun luar negara menyifatkan Belanjawan 2021 menyeluruh dengan meliputi semua lapisan masyarakat.
Ada menyifatkan ia bersifat ‘mengembang’. Dalam erti kata lain, lebih mengutamakan peningkatan peluang perniagaan, di samping menggerakkan semula ekonomi negara semula dan menambahkan hasil pendapatan.
Dalam pada itu, peruntukan RM17 bilion khusus bagi Kumpulan Wang COVID-19 dijangka digunakan untuk mengekang gelombang penularan pandemik dengan tumpuan terhadap pembelian peralatan saringan dan rawatan dan keperluan lain.
Kita sedia maklum pemberian elaun khas bagi petugas barisan hadapan KKM sebanyak RM600 sebulan yang diperkenalkan sejak Mac lalu akan disambung. Malah sumbangan ini dihargai dengan pemberian sekali gus sebanyak RM500.
Belanjawan 2021 juga menampakkan usaha kerajaan meneruskan program sedia ada seperti pakej rangsangan ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), PRIHATIN Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Tambahan, Pelana Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan banyak lagi yang sememangnya diharapkan rakyat jelata.
Keseluruhannya, Belanjawan 2021 adalah bajet bersifat ‘rakyat’ dengan penumpuan terhadap kebajikan rakyat yang terkesan dengan pandemik COVID-19.
Namun, peruntukan hampir RM81 juta untuk memperkasakan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), sebuah jabatan dalam Kementerian Komunikasi dan Multimedia menjadi bahan polemik dalam media sosial. Jabatan ini ditutup kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 2018 atas dakwaan kononnya pegawai dilantik adalah lantikan politik semata-mata.
Perlu dinyatakan pegawai JASA adalah lantikan Jabatan Perkhidmatan Awam, tetapi di bawah skim kontrak. Rakyat juga perlu sedar matlamat utama JASA untuk membantu memperkukuhkan kestabilan negara dengan memperjelaskan dasar dan matlamat kerajaan kepada rakyat supaya difahami dan diterima baik.
Fokus Kesejahteraan Rakyat, Jangan Termakan Persepsi Negatif Pecah Belahkan UMNO – Armand
Berikutan keadaan kestabilan politik semakin goyah, dengan peningkatan sentimen perkauman, kerajaan melihat adanya keperluan mewujudkan kembali agensi itu.
Selain itu, sebahagian masyarakat India menzahirkan rasa tidak puas hati kerana tidak dikhususkan peruntukan untuk pembangunan sekolah Tamil seperti pada masa lalu. Persoalannya, apakah peruntukan untuk sektor pendidikan RM50.4 bilion termasuk RM800 juta untuk penyelenggaraan dan pembaikan sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan, serta RM725 juta untuk naik taraf bangunan sekolah daif itu akan dibahagikan kadar munasabah kepada kepentingan sekolah Tamil oleh Kementerian Pendidikan?
Apa pun, pembentangan bajet tempoh hari menggembirakan semua pihak. Meskipun sering dikritik sebagai kerajaan majoriti tipis dengan kedudukannya seperti telur di hujung tanduk, kerajaan diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin, tidak mengendahkan tohmahan dilemparkan.
Sebaliknya kerajaan Perikatan Nasional (PN) didapati memfokuskan tumpuannya kepada kesejahteraan rakyat yang jelas tercermin dalam Belanjawan 2021.
Besar harapan rakyat agar Belanjawan 2021 ini mendapat sokongan sebulat suara daripada Ahli Parlimen, tanpa mengira mana-mana parti demi kelangsungan dan kesejahteraan rakyat.
Secara tuntasnya, Belanjawan 2021 adalah satu bajet yang mengambil kira kepentingan dan kebajikan rakyat sebagai fokus utama.
Datuk M Periasamy,
Penganalisis sosial politik
Takkan isu makanan dan kesejahteraan anak-anak sekolah pun Menteri PH mahu menipu – Najib
You must be logged in to post a comment.