Bekalan air: Industri ambil jalan mudah punca pencemaran sungai

Isu gangguan bekalan air di Lembah Klang yang berpunca daripada pencemaran bekalan air mentah dari sungai kerap berlaku sejak kebelakangan ini sehingga menimbulkan persoalan mengapa pihak berkuasa masih buntu menangani masalah itu.

Terbaru, Selasa lepas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 serta LRA Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas setelah pencemaran bau dikesan di Sungai Selangor, menyebabkan gangguan bekalan air melibatkan 1,139,008 akaun pengguna merangkumi 1,279 kawasan di Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

Pencemaran sungai yang sering berlaku terus mengundang resah dan bosan rakyat yang mahu tindakan lebih konkrit diambil kerana 90 peratus sumber air mentah negara ini diambil dari air sungai atau air permukaan.

Rakyat bosan gelagat orang politik

Risiko pencemaran sungai seperti tidak akan berakhir terutama dengan situasi hari ini apabila berlaku pembangunan pesat di kawasan hulu sungai dengan pembukaan kilang dan premis yang boleh menyumbang kepada pencemaran. Dalam kes Selasa lepas, ia dikesan berpunca daripada pembuangan sisa dari sebuah premis di Taman Velox, Rawang yang melakukan pelepasan secara haram.

Bagi pensyarah Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Madya Dr Azhar Abdul Halim, sungai-sungai di Lembah Klang telah mencapai tahap tepu yang menjadikannya lebih sensitif kepada pencemaran.

Air oh air, bila nak selesai?

Katanya oleh itu tidak ada pilihan lain untuk masalah itu melainkan mengawal pencemaran, menguruskan bahan-bahan kimia oleh kilang, memantau dan mengenal pasti sisa yang dilepaskan selain memperbanyakkan lagi kemudahan takungan air untuk kegunaan semasa kecemasan.

“Jika 20 tahun lalu, pencemaran yang berlaku masih boleh diserap tetapi sekarang lembangan sungai tidak lagi mampu dan sebarang pencemaran akan memberi kesan terus kepada rakyat dan pihak yang mencemarinya. Oleh itu pembuangan sisa industri secara tidak terkawal paling utama wajib dibanteras kerana ia menjadi sumber pencemaran,” katanya kepada Bernama.

Bosan Sebab PKPB? Gadis Ini Kongsi 10 ‘Board Games’ Untuk Main Bersama Keluarga Di Rumah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker