Akhirnya, Aizameen pergi jua…

Kuala Lumpur : Bapa dua anak, Aizameen Haqim Abd Razak yang menghidap asma kronik dan masalah paru-paru meninggal dunia kira-kira jam 1.47 tengahari tadi.

Aizameen, 27, menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Melaka.

Perkara itu dimaklumkan sepupu isterinya, Emmy Farhany Ahmad, 41, menerusi kiriman Whatsapp kepada Harian Metro.

“Salam semua, nak maklumkan Aizameen Haqim telah pergi menghadap Ilahi.

“Sama-sama kita doakan kesejahteraan arwah. Al-Fatihah,” katanya.

Setakat ini, jenazah Aizameen dilaporkan masih berada di hospital untuk diuruskan sebelum dikebumikan di Kampung Paya Dalam, Melaka.

Kelmarin, portal Harian Metro melaporkan kisah Aizameen dan isterinya, Fatin Atikah Munzahit, 26, yang terpaksa berpisah dengan satu sama lain selepas dimasukkan ke ICU.

Aizameen dimasukkan ke ICU pada 30 Oktober lalu selepas mengalami asma kronik manakala isterinya, Fatin dimasukkan ke ICU Isnin lalu akibat jangkitan kuman dalam darah.

Manakala anak bongsu mereka, Fitiya Ariana yang berusia dua bulan turut dimasukkan ke wad akibat cirit birit dan najis berdarah sementara abangnya Firash Aedrian, 2, mengalami ekzema kini dijaga oleh ibu saudara kanak-kanak itu, Nur Shuhaila Mazlan, 28.

Fatin bagaimanapun sudah dipindahkan ke wad biasa kelmarin sebelum keluar hospital bersama bayinya, Fitiya petang semalam. HM

Suami isteri terlantar di ICU, bayi pula masuk wad

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker