[VIDEO] Hanya Mata BerkeIip, Otak Tidak Berfungsi, Adik ADAMIA PerIukan Bantuan Dan Sumbangan Orang Ramai…

Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Memikulnya

Baru-baru ini, seorang sukarelawan, Adi Aqeed berkongsi kisah penderitaan adik Adamia yang menderita sakit setelah otaknya tidak berfungsi sempurna. Pernah disahkan koma sepenuhnya pada usia satu tahun, Adamia kini terIantar dan terpaksa makan menggunakan tiub khas.

Malah, anak ini juga dikatakan hanya mampu mengeIipkan mata.

Mohon Sebarkan kisah ini , Semoga penderitaan adik Adamia dapat diringankan bebannya..

Hanya mata mampu berkeIip.

Alhamdulillah, petang semalam saya berkesempatan singgah di Kg Banggol Judah, Machang, Kelantan ke rumah adik Adamia Fitri Mat Rahim yang berusia 6 tahun.

VIDEO:

Adamia pada awalnya membesar seperti kanak-kanak lain, namun di usia setahun pihak perubatan mengesahkan otaknya tidak berfungsi  dan dia didapati koma sepenuhnya dan hanya mata sahaja yang berkeIip hinggalah ke saat ini.

Ibunya Rusnani Mat Ghani tabah menjaga dan menumpukan perhatian sepenuhnya pada Adamia.

Selain diIehernya dipasang ‘trecheostomy’, satu tiub khas juga terpaksa dipasang dibahagian perut untuk salurkan sejenis susu khas kepadanya.

“Beban kewangan yang dihadapi keluarga ini memang amat terasa sebab Adamia masih lagi bergantung sepenuhnya pada susu khas untuk makan dan membesar,” kata ibunya.

Kos keperluan khas untuk anak bongsu dari 5 beradik itu mencecah RM800 sebulan termasuk susu pemakanan khas berjenama PEDIASURE yang berharga ratusan ringgit setin dan juga, Iampin pakai buang dan peralatan dressing.

Selain bapanya, Mat Rahim Mat Hassan yang hanya bekerja sebagai buruh binaan, anak lelakinya berusia 20 tahun abang kepada adamia turut sama mencari pendapatan bekerja di kedai makan bagi membantu menampung kos keperluan adik Adamia.

Menurut ibunya, pihak JKM juga ada tampiI membantu melalui elaun bulanan sebanyak RM350 sebulan.

Mereka yang ingin berkongsi rezeki bagi meringankan beban adik Adamia, boleh salurkan bantuan ke akaun ibunya, Bank Islam 0304 5022 0505 65 (Rusnani Binti Mat Ghani).

Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi di talian 01120726406.
Semoga diberi keajaiban dan kesembuhan untuk adik Adamia. Amin

Sumber: Facebook Adi Aqeed, sk

Kredit: Dbongkar

Tujuh insan terpilih

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker