Berdebar menanti SPM? Jangan risau Astro sediakan Pelan A SPM khas untuk anda

SEMUA sedia maklum bahawa peperiksaan awam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk tahun ini dilanjutkan tarikhnya kepada 22 Februari 2021 akibat gelombang ketiga penularan COVID-19 di Malaysia.

Pada masa sama, sekolah ditutup bagi memastikan wabak ini dapat dikawal dengan baik, tetapi proses pembelajaran dan pengajaran di rumah tetap diteruskan.

Oleh itu, bagi membantu pelajar SPM menduduki peperiksaan ini, pihak Astro dengan berbesar hati melancarkan satu seminar akademik iaitu Pelan A+ SPM, sebagai medium tambahan pembelajaran mereka serta demi kelangsungan prestasi akademik untuk menjawab peperiksaan kelak.

Pelan A+ SPM menawarkan pelbagai tip, kaedah menjawab soalan serta soalan ramalan daripada guru-guru terbaik termasuk Encik Shankar untuk subjek Matematik, Dr Jay dan Dr Mellisa untuk Sains, Cikgu Rosle dan Cikgu Mike Mahen untuk Sejarah, Cikgu Suguz untuk Bahasa Melayu dan Puan Jowana untuk Bahasa Inggeris.



Pelajar boleh ‘menghadiri’ seminar berdurasi 2 jam itu yang merangkumi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah.

Pelan A+ SPM akan mula bersiaran pada 13 November 2020, setiap Jumaat dan Sabtu, jam 10 pagi di Astro Tutor TV SPM (saluran 603).
Untuk memudahkan pelajar untuk belajar dimana sahaja, setiap seminar ini juga boleh diakses melalui aplikasi Astro GO dan kemudahan on demand. Awani

Nasib calon SPM 2020: Menteri Pendidikan usah terlalu bermimpi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker