Bukan saja moratorium, lanjutkan juga diskaun bil letrik hingga Jun 2021

Sebelum ini Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) telah mengumumkan lanjutan diskaun bil elektrik sehingga hujung tahun ini, Disember 2020.

Melalui pengumuman tersebut, seramai 7.66 juta pengguna domestik di Semenanjung Malaysia akan kekal menikmati diskaun bil elektrik antara 2% hingga 50% dari 1 Oktober sehingga 31 Disember 2020 (diskaun terdahulu tamat sebelum Oktober). Hal ini adalah lanjutan daripada diskaun elektrik di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat dahulu.

Pengguna domestik di Sabah dan Sarawak juga menerima diskaun bil eletrik sebanyak 2% sehingga 31 Disember 2020.

Maklumat ini adalah berdasarkan pengumuman oleh KeTSA. Kami menyarankan anda untuk mengunjungi pautan rasmi TNB atau pihak rasmi yang terlibat untuk maklumat lanjut mengenai terma dan syarat diskaun ini.

Dalam keadaan situasi semasa diskaun sehingga hujung Disember ini tidak memadai memandangkan hampir ke semua negeri di bawah PKPB buat masa ini sehingga Disember.

Walaupun perniagaan dibenarkan beroperasi tetapi rata-ratanya tidak dapat keuntungan. Malah ada yang rugi beroperasi ketika ini.

Sudah banyak syarikat menutup perniagaan kerana tidak dapat menanggung kos operasi mereka.

Kerajaan diminta melanjutkan lagi diskaun bil letrik sehingga Jun 2021 bagi meringankan bebas rakyat. Malah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga harus memberi diskaun ke atas cukai pintu dan sebagainya bagi meringankan beban rakyat.

Bagi negeri Selangor pula, kerajaan negeri patut memberi air percuma selama 6 bulan kepada rakyat kerana gagal menyediakan bekalan air yang mencukupi kepada rakyatnya.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker