Oh SelangorKu….Orang Selangor mesej Ustaz Ebit Lew

Share

PETALING JAYA – Ustaz Ebit Lew yang terkenal dengan kerja-kerja kebajikannya membantu penduduk Selangor yang terputus bekalan air sejak semalam di kawasan Subang dekat sini malam ini.

Facebook Ebit Lew beberapa minit lalu memuat naik gambar beliau telah membawa treler yang berisi air ke kawasan berkenaan.

Kredit Facebook Ebit Lew

“Sayu rasa hati bila Selangor diuji lagi tiada air. Ujian buat kita semua. Ini jer terdaya sedikit sumbangan bila dengar air tiada.

” Malam ni terus order lori bawa air dan agihkan pada penduduk flat sekitar Subang malam ni. Ada beberapa tempat lagi mesej saya,” tulisnya.

Tulisnya lagi, “Walau dah malam ramai datang nak air. Tua muda pelbagai bangsa. Bawa baldi. Kami bagikan juga dalam 4 tank kecil supaya boleh bagi lebih dekat dengan blok.

” Doakan yer. Nak hantar air ke beberapa tempat lagi malam ni mengikut permintaan. Macam kita nak lena jika ada orang memerlukan air. Besar nilai dan nikmat air ini,” tulisnya lagi.

Sumber: Facebook Ebit Lew

Bantuan Ustaz Ebit Lew dihargai tapi perlu dapat kebenaran KPT, MKN

Puji atau tidak, tetap nak beri – Ebit Lew

Leave a Reply