Naib Presiden Hua Zong buat onar, konon pejuang Cina tapi… Kapitalis celaka!

Kapitalis ini langsung tak fikirkan bahana yang menimpa orang lain

BANGI, 24 Rabiulawal 1442H, Selasa – Kapitalis celaka! Demikian istilah paling sesuai digunakan terhadap empat pengarah syarikat sebuah kilang memproses minyak kelapa sawit terpakai yang didakwa melepaskan bahan buangan daripada premis itu ke dalam Sungai Kundang, Rawang tanpa lesen.

Tindakan tidak bertanggungjawab itu bukan sahaja menyebabkan rakyat menjadi mangsa malah kerajaan terpaksa menanggung kos berlebihan untuk merawat semula sungai yang tercemar.

Namun begitu lebih menaikkan marah rakyat lagi apabila, salah seorang daripada pengarah syarikat berkenaan yang juga Naib Pengerusi Gabungan Persatuan Cina Malaysia (Hua Zong) berkali-kali membuat onar sebelum ini.

Ong Seng Khek tegas memperjuangkan sistem pendidikan Taiwan, Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) serta mempertahankan sekolah vernakular.



Bukan itu sahaja, dia juga sibuk menentang pemerkasaan undang-undang syariah bahkan mendesak kerajaan memberi peruntukan kepada sekolah vernakular termasuk kolej pengajian swasta Cina.

Peruntukan vernakular: Ingat, PN jangan tunduk desakan ultra kiasu

Atas onar yang dilakukan, Jawatankuasa Gerakan Massa Pemuda ISMA, Mohd Soufi Anual menggesa kerajaan mengenakan tindakan keras paling maksimum ke atas mereka yang durjana ini.



Gesaan itu dilihat wajar memandangkan kehadiran mereka tidak memberikan sebarang kebaikan kepada negara ini.

“Usah dibiarkan mereka bebas membuat onar lagi. Kehadiran mereka tidak membawa manfaat langsung kepada rakyat dan negara ini.

“Hanya membawa malu sahaja kepada orang-orang Cina. Kononnya pejuang orang Cina, tetapi rupanya perjuangan batil berlawanan dengan roh Perlembagaan negara ini.

“Orang Cina patut tolak orang seperti Ong Seng Khek ini daripada mewakili suara mereka,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.



Putrajaya digesa berhenti tunduk kepada sekolah vernakular, Islamisasi

Terdahulu, Ong Seng Khek, 71; Low Sze Wai, 66; Siow Lee Chen, 66, dan Ong Chee Ming, 34, masing-masing mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Syafeera Mohd Said.

Ketiga-tiga lelaki dan seorang wanita itu didakwa dengan niat bersama melepaskan bahan buangan daripada premis Syarikat United Fineoleo Sdn Bhd ke dalam parit yang mengalir ke Sungai Kundang, Rawang tanpa lesen.



Kesalahan itu didakwa dilakukan di premis tersebut di Lot 19701, Jalan KPK 1/3, Kawasan Perindustrian Kundang, Kundang Jaya, di sini, pada 22 Oktober lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 25(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 25(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda RM100,000 atau penjara hingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. IsmaWeb

Belanjawan faham keutamaan, ini tidak, sikit-sikit sekolah vernakular – Prof. Ridhuan Tee Abdullah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker