Lori terbalik, pemandu maut

Pengkalan Hulu: Seorang lelaki maut apabila lori tanpa muatan yang dipandunya terbabas di bahu jalan di Kilometer 6, Jalan Raya Pengkalan Hulu-Gerik, di Kampung Bukit Buluh, dekat sini, petang hari ini.

Dalam kejadian 3 petang itu, mangsa, Abdul Aziz Zahari, 54, dari Felda Bersia, Gerik yang tersepit di tempat duduk pemandu yang terbalik itu meninggal dunia di lokasi kejadian.

Dua maut tersepit nahas dua kenderaan – Al-Fatihah

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Hulu Pegawai Bomba Kanan II Mohd Fairus Noordin berkata, selepas menerima panggilan kecemasan, sepasukan anggota yang tiba di lokasi mendapati lori tanpa muatan itu dalam keadaan terbalik di bahu jalan.

Katanya, pihaknya mendapati pemandu tersepit di tempat duduk dan anggota segera bertungkus lumus mengeluarkan mangsa.

Pemuda maut tersepit kereta rempuh pokok

“Kami mengeluarkan mangsa yang tersepit tanpa menggunakan peralatan khas dan segera membuat rawatan awal, bagaimanapun mangsa disahkan maut oleh pasukan perubatan yang tiba di lokasi.

“Mangsa yang disahkan maut di tempat kejadian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Katanya, operasi hampir sejam itu tamat 4 petang.

Bendera terbalik: Dua ditahan bantu siasatan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker