Pas lebih berminat bersama Muhyiddin, Umno perlu sedar

Share

Oleh Ab Jalil Backer

Sejak dua bulan lepas saya menulis bahawa PAS telah bersedia mengangkat TSMY sebagai Perdana Menteri dalam PRU akan datang. Ada yang marah-marah kononnya saya tidak faham kekuatan MN.

Realitinya hanya UMNO masih menggesa perkukuhkan MN tanpa PPBM, sedangkan PAS telah mengukuhkan kedudukan mereka dalam PN.

Justeru hari ini saya rasa sangat aneh apabila ada beberapa pimpinan pemuda dan juga pemimpin veteran UMNO kelihatan tidak berpuas hati dengan jawatan-jawatan Pas dalam ikatan politik PN.

Ada pula pemimpin UMNO dibuai mimpi beranggapan Pas berpecah dua antara kumpulan Haji Hadi pro-UMNO dengan Takiyuddin pro-PPBM.

Ini satu analisa yang langsung tidak berpijak dibumi nyata. Sama seperti analisa PPBM akan kalah teruk di Sabah.

Tidak pasti sama ada mereka kurang maklumat atau gagal menganalisa realiti politik hari ini.

Dari awal penubuhan PN Haji Hadi telah bersama Muhyiddin. Ia juga bukan rahsia kerana Haji Hadi telah beberapa kali bercakap kepada media.

Jadi jangan kata Pas mengkhianati UMNO dan sebagainya kerana mereka melakukan secara terang dan nyata. Tiada selindung-selindung atau cuba mempermainkan UMNO.

Secara politik Pas melakukan tindakan yang bijak untuk mereka. Mereka melakukan kiraan politik tersendiri dari segi imej, kewangan dan pengaruh.

Persoalannya apakah UMNO ada strategi atau masih tidak dapat membaca realiti politik negara hari ini?

Adakah kita telah bersedia untuk bertanding di semua kerusi Parlimen kecuali Sarawak atau kita mahu bekerjasama?

Jika mahu bekerjasama buat cara mahu bekerjasama. Jika mahu bertanding sendiri buat cara mahu bertanding sendiri.

Pas penjaja agama, PPBM tidak berminat kerjasama.

Leave a Reply