Pas penjaja agama, PPBM tidak berminat kerjasama

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak berminat untuk bekerjasama dengan Pas yang disifatkan sebagai ‘penjaja agama Islam’.

Ketua Biro dan Strategi Dasarnya, Rais Hussin berkata, partinya komited kepada perjuangan Pakatan Harapan dan percaya kepada ‘kurang berpolitik dan lebih banyak berkhidmat’.

“Pas lebih kepada berpolitik. Mereka menggunakan agama sebagai satu bentuk perniagaan. Mereka adalah ‘peniaga’ Islam dan akan lakukan apa sahaja yang perlu demi kelangsungan hidup.

“Pas tidak pernah konsisten. Apa yang konsisten tentang mereka ialah mereka tidak konsisten dengan prinsip mereka.

“Mereka hanya ‘berniaga’ menggunakan Islam. Mereka guna istilah Arab dan memetik ayat-ayat al-Quran untuk memperdayakan pengikut mereka,” katanya seperti dipetik portal Free Malaysia Today semalam.

Semalam, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan Pas turut terbuka untuk bekerjasama dengan PPBM selain UMNO. – UTUSAN ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker