Lompat ke bawah lori sampah, pemuda maut digilis

Lompat ke bawah lori sampah, pemuda maut digilis
Polis memaklumkan, berdasarkan siasatan awal, mangsa mempunyai rekod kesihatan di sebuah klinik psikiatri di Kota Bharu. – Foto pembaca Astro AWANI

KOTA BHARU: Seorang pemuda yang dipercayai mengalami gangguan mental maut digilis lori pengangkut sampah di Jalan Sri Cemerlang di sini semalam.

Mangsa yang berusia 23 tahun, beralamat di Jalan Pasir Pekan, Tumpat, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian perut.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Abdul Rahim Daud berkata, dalam kejadian sekitar jam 12 tengah hari itu, mangsa yang sedang berjalan di bahu jalan secara tiba-tiba melompat dan masuk ke bawah sebuah lori sampah yang sedang bergerak perlahan.

Pemandu lori bagaimanapun tidak sempat mengelak lalu menggilis badan mangsa.

Jelasnya, berdasarkan siasatan awal, mangsa mempunyai rekod kesihatan di sebuah klinik psikiatri di sini.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


Orang ramai dialu-alukan membuat aduan sekiranya berhadapan masalah ketidakstabilan emosi.

Mereka boleh berkongsi masalah atau dilema yang dihadapi dengan para sukarelawan terlatih di Befrienders.

Befrienders ialah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang menyediakan khidmat sokongan emosi 24 jam sehari, 7 hari seminggu, kepada mereka yang mengalami kemurungan dan mempunyai niat untuk membunuh diri.

Befrienders boleh dihubungi di talian 03-7956 8145/8144 atau e-mel kepada [email protected] untuk bantuan.

Panggilan adalah percuma bermula 1 Ogos 2019-Awani

Rakyat Malaysia masih gagal urus sampah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker