Nasib penoreh getah, pematuhan SOP tapak binaan tumpuan Dewan Rakyat hari ini · MYKMU.NET

Nasib penoreh getah, pematuhan SOP tapak binaan tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Share

Langkah kerajaan bagi membantu menyelesaikan masalah pendapatan golongan penoreh getah dan jumlah tapak pembinaan di seluruh negara yang mematuhi dan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19, bakal dibincangkan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat, isu berkenaan terkandung dalam sesi soal jawab lisan yang akan diajukan Datuk Seri Idris Jusoh (BN-Besut) kepada Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi berhubung usaha kementerian itu dalam mengatasi masalah pendapatan golongan penoreh getah yang berhadapan dengan isu harga komoditi itu yang tidak stabil sejak kebelakangan ini.

Jumlah tapak pembinaan yang mematuhi SOP Covid-19 pula akan dibangkitkan Ahmad Johnie Zawawi (GPS-Igan) yang meminta Menteri Kanan Kerja Raya menyatakan jumlah terkini tapak pembinaan yang dibenarkan beroperasi kerana patuh SOP Covid-19 di seluruh negara dan berapa banyak tidak patuh SOP serta tidak dibenarkan beroperasi.

Mahathir sanggup potong pencen 10 peratus? Celah gigi saja..

Daripada jumlah tersebut, berapa banyak pula yang terletak di Sarawak, soalnya.

Soalan Loke Siew Fook (PH-Seremban) pula meminta Perdana Menteri menyatakan apakah ulasan daripada pihak Peguam Negara terhadap keputusan kerajaan membatalkan kontrak projek Fasa 2 Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT2) kepada syarikat Dhaya Maju LTAT dan implikasi perundangan yang bakal dihadapi.

Perbahasan berkaitan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 berkenaan Belanjawan 2021 kemudiannya akan mengambil tempat untuk hari ketiga.

Persatuan pengguna vape tak setuju cecair e-rokok dicukai

Sidang Dewan bermula minggu ini, berlangsung hanya empat jam iaitu pada 10 pagi hingga 2 petang setiap Isnin hingga Khamis, selain mengehadkan hanya 80 Ahli Parlimen – 41 pihak kerajaan, 39 pembangkang dan Bebas – dibenar berada di dalam dewan pada satu-satu masa.

Ia sebagai langkah berjaga-jaga berikutan penularan wabak Covid-19.

Menurut takwim Dewan Rakyat, Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14 akan berlangsung selama 27 hari sehingga 15 Dis.

– Bernama

Kuala Lumpur bebas berniaga, boleh buka gerai di mana-mana – Annuar

Leave a Reply