[VIDEO] Lagu dan Muzik Video Dari Faizal Tahir “Empat Dara 2020” Akhirnya Diperdengarkan, “Yeayyy!! Yang Ditunggu2 Dah Keluar”..Apoo Kepitt….

Share

Lagu klasik berjudul Empat Dara ini menjadi satu fenomena apabila seorang selebriti menyanyikan semula dalam satu babak drama berjudul Kampung People. Selebriti bernama Elly Mazlein ini kemudiannya menyanyikan semula lagi sekali dan menghasilkan Cabaran Empat Dara.

Dari situ bermulalah fenomena lagu Empat Dara ini yang mana ramai warganet dan selebriti menyahut cabaran itu. Antara selebriti yang menyahut cabaran itu adalah Sherry Alhadad, Fizz Fairuz, Riena Diana dan ramai lagi. Video cabaran Empat Dara masing-masing ‘masuk air’ habis!

Walaubagaimana pun, baru-baru ini Faizal Tahir menghasilkan semula lagu ini dan memberikannya tajuk Empat Dara 2020. Lagu ini telah dihasilkan dalam versi remix yang mana beberapa selebriti lain turut terlibat seperti Zizi Kirana, Elly Mazlein dan Faizal Tahir.

Baru sedikit teaser, sudah meraih lebih 59 ribu tontonan dan 6 ribu likes. Rata-rata netizen meninggalkan rasa teruja mereka mengenai lagu Empat Dara 2020 ini di ruangan komen seperti berikut:

“Mantap korang punya idea macam gini”

Lagu empat dara 20201

“Dah masuk!! ha moh le tekan butang replay sampai…”

lagu empat dara 2020 3

“Yeay akhirnya yang ditunggu2 dah keluar”

.jpg

Jom layan versi penuh lagu Empat Dara 2020 ini di Youtube Faizal Tahir. Memang menghiburkan..

Sumber: Youtube ,Instagram Faizal Tahir

Kredit: Himpunan Cerita Lawak

Trending: Lawak Habis! Sherry Alhadad Buat Cabaran Empat Dara, “Siap Bunyi Cencurut!” [Video]

Projek ‘gila-gila’ Faizal, Elly dan Zizi

Leave a Reply