Salah rakam gambar polis sedang buat siasatan

Tindakan merakam gambar atau video pihak polis sedang menjalankan siasatan merupakan kesalahan bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan, iaitu menghalang tugas penjawat awam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir Mohamed berkata demikian dalam kenyataan hari ini susulan penahanan seorang lelaki 23 tahun.

Kenyataan itu tidak menyebut nama individu ditahan, namun dipercayai merujuk kepada bekas presiden Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (Umany) Wong Yan Ke.

“Perlu diingatkan setiap siasatan adalah sulit dan tidak boleh didedahkan sewenang-wenangnya, apatah lagi jika ditularkan di media sosial.



“PDRM menegaskan bahawa tindakan merakam gambar atau video bukan satu kesalahan jenayah.

“Bagaimanapun, demi kepentingan siasatan, sekiranya gambar atau video tersebut dikongsi, disebar dan ditularkan di media sosial atau apa jua cara sekalipun, ia boleh mengganggu proses siasatan polis.

“Dan juga bertentangan dengan peruntukan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” kata Huzir.

Rakam serbuan polis, bukan satu kesalahan – Majlis Peguam



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker