Bajet baik mesti realistik – Ahmad Shabery
Bajet yang baik mesti realistik dan bukan berapa banyak yang hendak diberi sebaliknya perlu tahu berapa banyak yang akan diperoleh semula.
Oleh itu, rakyat juga perlu berhati-hati dalam mengharapkan apa yang dianggarkan tahun ini memandangkan pertumbuhan yang dijangkakan tahun depan iaitu 7.5 peratus cukup hebat.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, untuk itu kerajaan perlu memperincikan asas pertumbuhan tersebut.
”Berapa banyak pelaburan yang akan datang? Berapa banyak eksport kita dan berapa banyak pendapatan rakyat dan kerajaan yang akan dibelanjakan?” soalnya.
Ini kerana, pemimpin yang bertanggungjawab dilahirkan oleh rakyat yang bertanggungjawab, tegas Ahmad Shabery.
Tambahnya, apabila Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan, mereka membatalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan memberi cuti cukai selama tiga bulan.
Sepanjang itu, negara tidak ada pendapatan dari GST dan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
”Tanpa GST tanpa SST. Berlaku lompang besar hasil negara. Petronas dijarah untuk menutup lompang itu.
”Rakyat gembira sejenak namun kembali terpegun apabila ekonomi tak serancak yang digambarkan sebelum itu. Banyak pembuangan kerja dan janji tidak tertunai,” ujarnya. MG
Jadikan belanjawan lebih realistik, kami akan sokong, kata Mahathir
You must be logged in to post a comment.