Restoran Hussain Buka Nasi Kandar Drive-Thru Pertama Di Malaysia · MYKMU.NET

Restoran Hussain Buka Nasi Kandar Drive-Thru Pertama Di Malaysia

Share

Hangpa jangan lupa singgah!

Hussain nasi kandar merupakan restoran pertama yang membuka cawangan secara drive-thru selain restoran makanan segera yang lain. Menarik bukan?

Cawangan pandu lalu ini terletak di Caltex Toll, Sungai Dua di Penang. Cawangan ini akan dibuka dalam masa yang terdekat, bulan November. Siapa yang lalu tu nanti, jangan lupa singgah dan dapatkan nasi kandar favourite anda! Bukan biasa-biasa ni boleh drive-thru nasi kandar famous dan legend.

Nah, ini merupakan reka bentuk cawangan Hussain yang baru. Sangat inovatif!

Pembukaan cawangan pandu lalu oleh Hussain nasi kandar ini mengundang perhatian ramai…

Hamboi, hamboi, hamboi maju kan Hussain nasi kandar. Impressive!

Warga-warga Penang, singgah jangan tak singgah! Kepada yang melawat Penang tu, this is the time where you can get the legend nasi kandaq!

RESTORAN HUSSAIN NASI KANDAR adalah merupakan anak syarikat HASANI MANAGEMENT & CONSULTANCY SDN BHD terletak di 18-20, Jalan pengkalan, Pekan Baru, 08000 Sg Petani, Kedah.

Restoran Hussain Nasi Kandar dirasmikan pada Mac 1996. Dibuka setiap hari termasuk cuti umum, masa operasi harian ialah dari pukul 7.00 pagi hingga 12.00 tengah malam. Semua produk yang dihasilkan adalah halal. Makanan yang dijual di restoran ini terbahagi kepada makanan nasi kandar, makanan ringan, minuman panas & sejuk dan produk bungkusan farmasi/kesihatan. Restoran ini mempunyai cawangan di Jerai Plaza, Gurun, Kulim dan di Carrefour, Seberang Jaya.

Ibarat Aquaman Panggil Ikan, Netizen Seronok Lihat ‘Joki’ Nasi Kandar Kongsi Rezeki Dengan Merpati

Leave a Reply