PKPB: Pengantin tampal pelekat, pinda tarikh kad jemputan

Susulan pengumuman perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) yang berkuatkuasa esok, ramai pihak mula mengeluh kerana terpaksa menunda hari bahagia mereka.

Sudah pasti, bakal pengantin pihak yang paling terkesan kerana hasrat menyambut majlis raja sehari mereka tergendala seketika.

Bagi bakal pengantin perempuan dari Selangor, Miza Batrisyia Mazelan, 24, dia sepatutnya mengadakan majlis sanding pada 22 Nov ini namun terpaksa ditunda.

“Hampir semuanya dah siap semua. Cuma kad kahwin sahaja yang belum diedarkan.

“Sebab kita pun takut kalau dah edar, tiba tiba PKPB kena tunda pula. Jadinya kita tak edarkan kad.

“Sekarang ini kena beli pelekat pula untuk tampal tukar tarikh pada kad,” katanya yang tinggal di Kajang.

Bagaimanapun, Miza (gambar judul berita, bersama pasangannya) bersyukur kerana dia tidak perlu membayar duit tambahan kepada perancang perkahwinan susulan keputusan untuk menunda majlis itu.

Terima habuan tender katering, dua individu disiasat SPRM

“Alhamdulliah perancang perkahwinan, jurumekap, juruvideo semuanya memahami dan beri kerjasama dan tiada caj tambahan dikenakan,” katanya lagi.

Sementara itu, bakal pengantin perempuan dari Melaka Sharena Anes, 26, pula berkata keluarganya antara yang terkesan dan sedih selepas penangguhan majlis bahagianya.

“Keluarga sangat terkesan dan sedih tetapi terpaksa reda dengan apa yang terjadi. Saudara mara yang penting tidak dapat hadir.

“Lebih-lebih lagi, Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) sudah keluarkan kenyataan hanya satu wakil saja dibenarkan untuk upacara akad nikah.

“Segala persiapan rumah sudah kemas,” katanya yang sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 14 Nov ini.

Susulan pelaksanaan PKPB ini,  perancang perkahwinan dan pihak katering yang mengalami kerugian turut sama mengeluh.

Menurut perancang perkahwinan, Abdul Faris Mohamad, 24, syarikatnya mengalami kerugian hampir RM50,000 kerana terdapat banyak pelanggan yang mula membatalkan tempahan mereka.

“Hampir semua majlis untuk bulan November dan Disember kami dah buat persedian, dan buat pembayaran deposit kepada semua sub vendor seperti katering, jurufoto, sistem audio.

“Kerugian hampir RM50,000,” kata Faris (gambar, bawah) yang mempunyai syarikat perancang perkahwinan Whitebox Designed di Johor Bahru.

Pelekat berbahasa Cina di papan tanda jalan ditanggalkan, kata Pemuda DAP Kuching

 

Selain itu, pengurus katering Warisan Leno di Klang, Muhammad Aizad Mohamed Rosli, 26, terpaksa membuang barang basah yang dibelinya sebagai persiapan tempahan majlis jamuan hari persandingan pengantin.

“PKPB ini menjejaskan saya, sebab katering adalah satu-satunya sumber rezeki.

“Ada juga yang batal minit terakhir kerana arahan kerajaan yang kurang jelas. Kejap boleh kejap tidak. Akhirnya pengantin batalkan.

“Barang yang dibeli terpaksalah buang macam itu saja,” kata Aizad

Muhammad Aizad  bersama kakitangan katering Warisan Leno.

 

Pada 7 Nov lalu, kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan PKPB di kebanyakan negeri bagi mengekang penularan Covid-19.

Menteri Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata PKPB akan dikuatkuasakan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Terengganu.

Empat negeri yang tidak terjejas adalah Perlis, Pahang, Kelantan dan Sarawak.

Bagi majlis akad nikah pula, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata jumlah jemputan adalah tidak melebihi 30 orang dengan mengambil kira penjarakan satu meter serta tertakluk pada keluasan premis ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Zulkifli menambah bagi negeri-negeri lain, perkara itu adalah tertakluk kepada keputusan pihak berkuasa agama negeri masing-masing, bagaimanapun untuk tujuan penyelarasan, disarankan negeri-negeri mengikut resolusi yang telah dicapai bersama dalam Mesyuarat MKI baru-baru ini.

Selain itu, jurufoto perkahwinan dari The Naratives berkata, pihaknya juga terkesan kerana pelanggan sudah mula meminta tunda tugasan ke tahun depan kerana tidak dapat melakukan majlis sanding.

“Pelanggan semua dah mula tunda tarikh ke tahun depan, setakat ini satu dah batal dan minta ganti rugi,” katanya yang tidak mahu dinamakan.

Tinggal nota sebelum bunuh diri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker