Parlimen diberitahu 32,000 PKS tamat operasi akibat Covid-19

Lebih 30,000 PKS menamatkan operasi sejak perintah kawalan pergerakan dilaksanakan Mac lalu.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, sebanyak 9,675 PKS menghentikan operasi pada fasa pertama PKP dari 18 Mac hingga 9 Jun lalu dan 22,794 lagi pada fasa PKP pemulihan dari Jun hingga September lalu.

“Angka tertinggi dicatatkan pada Ogos dengan 17,800 PKS menamatkan operasi,” katanya sambil memetik Suruhanjaya Syarikat (SSM) dalam jawapan bertulis Parlimen kepada June Leow Hsiad Hui (PH-Hulu Selangor).

Leow ingin tahu jumlah PKS yang tutup kedai sejak PKP dilaksanakan untuk membendung penularan Covid-19 dan apa yang kementerian lakukan untuk menanganinya.

Wan Junaidi berkata, tinjauan kementeriannya mendapati majoriti perniagaan yang ditutup ialah PKS mikro yang merangkumi 79.5% penutupan ketika PKP dan 70.8% semasa PKPP.

Katanya, majoriti PKS mikro yang ditinjau belum mendapat bantuan kerajaan.

Beliau berkata, selain mencadangkan bantuan kewangan ditambah untuk pengusaha itu dan lebih banyak akses kepada bantuan itu, kementeriannya turut menyarankan program promosi, pemasaran dan latihan pembangunan produk diperluaskan.

Ia turut mencadangkan program untuk membantu usaha mendigitalkan perniagaan mereka. FMT

COVID-19: Kerajaan akan tambah baik bantuan untuk PKS

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker