FELDA Adalah “Lubuk Harta Karun” Yang Menjadi Rebutan Penyamun Politik

Apa Objektif Laporan Kertas Putih Yang Dibentangkan Azmin?

Kertas Putih Felda

 

“Jika tak pecahkan ruyung bagaimana untuk mendapat sagunya” begitulah nekat generasi dahulu apabila mahu melakukan sesuatu yang sukar. Tekad dan semangat ini dipupuk dengan darah dan air mata untuk melihat atau mengubah kehidupan mereka akan menjadi lebih baik.

Perjuangan dalam kehidupan yang tidak pernah putusnya. Kehidupan yang penuh dengan cabaran yang terpaksa tidak harus ditempuhi. Itu lah jiwa mereka. Mereka itu adalah peneroka Felda.



Sejarah awal penubuhan Felda bermula sewaktu Allahyarham Tun Abdul Razak bertugas sebagai Menteri Luar Bandar merangkap Timbalan Perdana Menteri.

Objektifnya pada ketika itu, untuk membasmi kemiskinan di luar bandar dan merapatkan jurang ekonomi antara kaum, dan melaksanakan pembangunan kawasan pedalaman.  Penempatan awal penubuhan Felda adalah di Pahang iaitu Lurah Bilut, Bentong pada tahun 1958.

Tidak dapat dibayangkan bagaimana jerih perih para peneroka generasi pertama pada ketika itu berusaha untuk keluar dari kelompok kemiskinan. Sungguh pun begitu, dengan usaha dan semangat yang tinggi dan tidak putus, kini Felda merupakan antara penyumbang utama dalam ekonomi Malaysia.



Pada tahun 1990, FELDA tidak lagi membuat pengambilan peneroka baru selepas 112,635 ditempatkan di 317 buah rancangan di seluruh negara.

Pada ketika ini bagi pihak kerajaan telah memberi kepercayaan kepada FELDA untuk berdiri dengan kewangan sendiri dan menjadi sebuah badan berkanun yang boleh menjana pendapatan sendiri untuk menyokong pelbagai perkembangan melalui pelbagai perniagaannya.

Satu ketika dahulu, FELDA terus menjalankan peranan utama dengan menyediakan beberapa kemudahan yang mencukupi dan moden di rancangan FELDA, Tujuannya ialah untuk memastikan  generasi muda Felda mendapat asas keilmuan,  pendidikan  sehingga mencapai ke menara gading dan  sekali gus akan meningkatkan sosio ekonomi  masyarakat Felda itu sendiri.

FELDA satu ketika dahulu  telah dapat menjana pelbagai aktiviti ekonomi lain seperti program usahawan, tanaman-tanaman buah dan sayuran serta ternakan untuk merapatkan jurang kemiskinan antara bandar dan kawasan bandar kecil.



Setelah FELDA gah dipersada koporat, maka banyak lah mata yang mengintai dan  telebih pandai mula menjalankan jarum jarum hasutan dengan kepelbagaian cadangan dan misi serta misi bayangan mereka untuk dipersembahkan kepada peneroka FELDA.

Melalui penglibatan orang asing dalam FELDA, maka bermulakah  kehancuran FELDA dengan kepelbagaian agenda dan misi untuk menjarah harta yang ada terkumpul., Mereka ini tidak peduli apa yang akan berlaku kepada pihak peneroka, mereka tidak peduli bagaimana awalnya FELDA diterokai,

Matlamat mereka ialah apa yang mereka harus dapat melalui FELDA. Satu demi satu berita kurang baik dipaparkan, satu demi satu agenda bertukar sehingga pada satu tahap FELDA disulamkan dengan pelbagai tuduhan dan fitnah.

Hari ini kita dibentangkan dengan Kertas Putih (Forensik) FELDA yang mana  dikata dibuat melalui satu kajian yang efisien oleh sebuah badan persendirian. Forensik yang hambar dan janggal ini hanya memperlihatkan kerosakan yang dilakukan oleh mereka yang mahukan “Harta Ahmad Albab” didalam FELDA.



Paling melucukannya ialah, Kertas Putih ini dibuat dan dibentangkan oleh seorang Menteri Ekonomi yang mempunyai  banyak sejarah skandal yang melibatkan kewangan. Seorang yang mempunyai sejarah jual beli aset aset yang melibatkan kepentingan diri semata mata.

Sebagai contohnya, penyalahgunaan kuasa apabila kerajaan Negeri terpaksa membayar sejumlah wang untuk menutup kebobrokan sikap pemimpin ini. Semua wang yang dibayar oleh kerajaan Negeri itu adalah wang rakyat.

Selangor



Apakah orang yang sedemikian layak untuk menilai FELDA sedangkan  sikapnya tidak menunjukkan untuk membantu malah ianya akan menjahanamkan lagi. Rakyat percaya asset yang berbillion ada pada FELDA sekarang ini adalah menjadi idaman banyak pihak terutama dikalangan orang politik yang baru berkuasa.

Justeru itu pembentangan Kertas Putih Forensik oleh Menteri yang terlibat adalah dilihat mempunyai  tidak mempunyai asas dan kekuatan.  Didalam kertas Forensik tersebut terlalu banyak  maklumat yang dipaparkan boleh dipertikaikan.

Contoh yang lain kejanggalan yang terdapat dalam kertas putih yang dibentangkan, ianya perkaitan dengan pembelian Hotel di Kota London yang dikatakan pembelian yang merugikan dan tidak mendatangkan keuntungan.

Kertas Putih Felda



Menurut sumber  aset hartanah FELDA di dalam negara dan luar negara selain beberapa hotel akan diteliti dari semasa ke semasa dari segi harga dan tawaran yang diterima. Baru-baru ini FELDA menerima tawaran menjual aset hartanahnya di London, namun berikutan penularan COVID-19 mengganggu sektor hartanah dan menyaksikan penurunan harga hartanah di luar negara.

“Untuk melepaskan aset ini kita perlu melihat nilai yang sebaiknya. Seperti aset hartanah di London, FELDA menerima tawaran sebanyak 300 juta pound.

“Tapi kami berpendapat jika menunggu dalam tempoh beberapa tahun lagi, nilai aset ini akan meningkat kepada 500 juta pound. FELDA akan melepaskan aset-aset ini bila tiba masanya dengan harga yang sesuai,” katanya.

Jadi bagaimana didalam Kertas Putih mengatakan bahawa pembelian hotel tersebut merugikan FELDA, Kita sedia maklum bahawa pembelian aset dalam hartanah adalah asset yang akan meningkat nilainya untuk masa hadapan  atau untuk jangka panjang. Difahamkan FELDA mempunyai aset hartanah  di London termasuk Grand Plaza Serviced Apartments dan Park City Grand Plaza Kensington.

Menghairankan bagaimana dlam kertas putih tersebut mengatakan ianya satu bentuk perlaburan yang merugikan, jika merugikan bagimana pula terdapatnya penawaran kepada FELDA untuk Hotel tersebut agar ianya dijual?

Jadi, Kertas Putih ini harus dinilai semula berdasarkan fakta terkini dan bukan fakta yang telah lama lapuk dan permasalahan yang telah diambil tindakan dimasukkan kedalam kertas forensik untuk memburukkan FELDA sekaligus untuk membolehkan sesuatu aset berpindah tangan.

Sebaiknya kerajaan mengarahkan JawatanKuasa Kira-Kira Negara (PAC) menilai semula Laporan Kertas Putih Felda pada 10 April 2019. Apa kata Menteri yang bertanggungjawab terhadap Felda?

Felda, semua sudah celaru – Shahrir Samad

KERTAS PUTIH FELDA – KENYATAAN PIHAK SPRM TIDAK LAKU?

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker