Malaysia harap dasar AS bantu isu Palestin

Kuala Lumpur: Malaysia meletakkan harapan kepada perubahan pentadbiran Amerika Syarikat (AS) untuk memberi sinar kepada isu Israel-Palestin dan serantau.

Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar berkata, Wisma Putra berharap ia akan membawa perkembangan positif kepada isu berkenaan.

“Sudah tentu kita mengharapkan perubahan itu akan berlaku selari dengan perkembangan dan perubahan politik serta pentadbiran Amerika Syarikat,” katanya pada sesi pertanyaan dan jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN- Pontian) berhubung pendirian Wisma Putra susulan pemilihan Joe Biden sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke-46.

KENAPA DISAMAKAN KEGANASAN LTTE DENGAN PERJUANGAN PALESTIN?

Terdahulu, beliau berkata, Malaysia akan memainkan peranan di peringkat badan dunia untuk menentang rancangan ketidakadilan normalisasi Israel untuk mengiktiraf penjajahan mereka ke atas Palestin.

“Malaysia adalah ahli Jawatankuasa Enam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengenai Palestin dan Anggota Kumpulan Perhubungan Dalam Mempertahankan PerjuanganPalestin atauAl Quds Al Shariff.

“Ini bermakna kita ada peranan di peringkat multilateral khususnya peranan dalam OIC dan saya yakin jika kita teruskan dan tingkatkan kita akan mencapai kejayaan tanpa didesak untuk mewujudkan platform lain.

Ahmad Tarmizi Sulaiman (Pas-Sik) bertanyakan sama ada Malaysia perlu mengorak langkah untuk mewujudkan platform baru dalam mendesak pembebasan Palestin daripada penjajahan Israel.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker