Daftar Bantuan Prihatin Rakyat BPR sebelum hujung Januari 2021

Pendaftaran baharu Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan dibuka sebelum hujung Januari 2021, kata Pengarah Belanjawan Negara Johan Mahmood Merican.

Ini bagi memberi peluang kepada mereka yang layak tetapi belum mendaftar untuk memohon BPR, katanya pada satu sidang media, di Kuala Lumpur, hari ini.

BPR, dengan peruntukan RM6.5 bilion akan memanfaatkan 8.1 juta orang berbanding Bantuan Sara Hidup (BSH) dengan peruntukan RM5 bilion dan memanfaatkan 4.3 juta rakyat Malaysia.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam pembentangan Belanjawan 2021 mengumumkan BSH diganti kepada BPR yang diperluas dan ditambahbaik.

Johan berkata, bayaran BPR akan dibuat dua kali dengan yang pertama sebelum Hari Raya 2021.

Pemberian BPR ini ternyata dinantikan golongan B40 kerana mereka antara yang terjejas teruk sejak Mac lalu kerana kehilangan punca pendapatan.
Bernama

BSH Jadi BPR… Bukti BR1M Dasar Yang Baik Oleh BN Tapi Dipolitikkan PH

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker