BN kena guna Parlimen pastikan Belanjawan 2021 ikut kehendak rakyat – Najib

KUALA LUMPUR- Barisan Nasional (BN) terpaksa menggunakan perbahasan dalam Dewan Rakyat untuk memastikan Belanjawan 2021 adalah selari dengan kehendak dan keperluan rakyat.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, ini kerana mereka tidak mempunyai sebarang peranan berhubung hal ekonomi dan kewangan meskipun menjadi sekutu dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Ada juga penyokong PH Plus yang soal kenapa BN kritik bajet 2021 sedangkan BN adalah sebahagian dari kerajaan PN.

Ini tidak adil. Untuk maklumat rakyat, tiada seorang pun dari BN, Pas atau mana-mana parti lain yang mempunyai peranan berhubung hal ekonomi dan kewangan dalam kerajaan PN.



“Sebab itu, BN memainkan peranan kita melalui perbahasan dalam Dewan Rakyat untuk memastikan bajet negara adalah selari dengan kehendak dan keperluan rakyat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Untuk rekod, Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Majlis Tindakan Ekonomi dianggotai oleh Perdana Menteri, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Azmin Ali; Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Pengasas Mercy Malaysia yang juga Penasihat Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood; Pengarah Urusan Kumpulan Celcom Axiata, Tan Sri Jamaluddin Ibrahim; Pengerusi Westports Malaysia, Tan Sri Gnalingam; dan Pengerusi Kumpulan Sunway, Tan Sri Jeffrey Cheah.

Najib dijadualkan membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 pada jam 11 pagi esok. MG

Syarat baharu UMNO atas kehendak akar umbi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker