Belanjawan 2021: Peningkatan 4.3 peratus bagi perbelanjaan kesihatan tidak cukup – Pakar

Peningkatan 4.3 peratus untuk perbelanjaan kesihatan dalam Belanjawan 2021 dilihat tidak mencukupi tatkala negara memerangi pandemik COVID-19.

Pakar Dasar Kesihatan Awam, Dr Khor Swee Kheng berkata peruntukan RM31.9 bilion kepada Kementerian Kesihatan (KKM) adalah tidak mencukupi memandangkan banyak tanggungjawab yang harus ditangani.

“4.3 peratus peningkatan daripada tahun lepas memang tidak mencukupi untuk dua sebab yang sangat besar, dan sebab pertama ialah kita dalam usaha membendung wabak COVID.

“Wabak COVID ini akan berada di Malaysia untuk dua atau tiga tahun, jadi kita memperuntukkan wang yang lebih banyak untuk memerangi COVID-19. Jadi ia tidak mencukupi.

“Sebab kedua, peruntukan untuk KKM itu bukan sahaja untuk memerangi COVID-19, tetapi juga untuk penyakit-penyakit bukan COVID-19 seperti penyakit kencing manis, darah tinggi dan sebagainya,” kata Dr Khor kepada Astro AWANI pada November.

PEMBENTANGAN BELANJAWAN 2021

Dalam masa yang sama, beliau berkata isu kakitangan di Sabah dan Sarawak perlu dilihat dalam jangka masa panjang, termasuk selepas pandemik COVID-19.

“Jumlah doktor dan jururawat di Sabah dan Sarawak, kalau kita bandingkan dengan saiz penduduk, ia memang kurang berbanding dengan purata untuk Malaysia.

“Jadi pengagihan itu perlu dilakukan dengan lebih adil dan dijadikan sebagai satu strategi jangka masa panjang, bukan sahaja jangka masa pendek.

“Apabila COVID-19 berakhir, ia tidak bermakna bahawa sektor kesihatan Malaysia boleh diabaikan. Jadi apakah pelaburan yang kita boleh buat sekarang untuk menjamin masa depan juga,” katanya.

Pada pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat pada Jumaat lalu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM31.9 bilion kepada KKM.

Selain itu, sebanyak RM475 juta juga diperuntukkan bagi pembelian bekalan Reagen, kit saringan dan bahan guna habis khusus untuk kegunaan KKM manakala RM318 juta bagi penyediaan peralatan PPE dan hand sanitiser (cecair pembasmi kuman) kepada petugas barisan hadapan KKM.

RM150 juta pula diperuntukkan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara bagi menyelaras usaha memerangi COVID-19. Awani

Tengku Zafrul nafi peruntukan kesihatan dikurangkan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker