Peminat Unfollow IG Azhan Rani Sebab Loya Tengok Bulu Ketiak Tebal, Siap Kena Tarbiyah- “Tunjuklah Moral Pembersih”
“Bersih-bersihlah sikit awak tu orang berlakon, tunjuklah moral pembersih.
“Tebal betul eh bulu ketiak abang.
“Fuh, selamba katak je pamer ‘tembakau’.
“Allah, bulu ketiak tu bang cover sikit. Mujur tak tersembur air,” komen sebahagian netizen di ruangan komen.
Bahkan, lebih parah, ada pengikutnya yang terpaksa berhenti daripada mengikutinya di Instagram kerana merasakan Azhan Rani pengotor.
“Maaf terpaksa unfollow sebab bulu ketiak,” komen salah seorang warganet.
Komen tersebut kemudian mendapat respons Azhan yang tidak menyangka terdapat pihak yang memandang serius hal tersebut.
Bahkan, perkara itu turut dikongsikan Azhan menerusi satu entri di Instagram miliknya.
“Mungkinkah bulu ketiak juga merupakan satu lagi pandemik?
“Orang yang dah kahwin, orang yang tengah bercouple pun boleh bercerai berai, boleh clash, apalagi setakat followers,” selorohnya.
Mungkin ramai yang salah anggap, sebenarnya imej berbulu ketiak itu hanyalah sebahagian daripada wataknya dalam sebuah telefilem Kampung Latah Kena Kuarantin siaran Astro First.
Dalam satu entri berasingan, Azhan turut berkongsi gambar di sebalik tabir apabila bulu ketiak tersebut hanyalah bulu palsu yang ditampal sahaja.
Apapun, ada yang meminta agar Azhan tidak mengambil pusing hal tersebut.
“Abaikan golongan pembaris ini bang. Nak main Instagram, bajet up to date, tapi minda jumud.
“Mereka tak boleh fikir ke tu bulu ketika ori atau tak. Bongek je sebab tu je nak unfollow,” komen sebahagian pengikutnya.
Apa yang penting, hidup ini jangan terlalu ambil serius sangat okay!-GEMPAK 🙂