Komen Terakhir Allahyarham Mohd Irfan, Nahas Mangsa Juruterbang Helikopter Seolah-olah Beri Petanda Akan Pergi Selama lamanya..AL-FATIHAH

Allahyarham Mohd Irfan Mohamed Rawi selalu aktif di laman Facebook seperti biasa pada Sabtu, namun siapa menyangka beliau telah pergi menghadap Ilahi pada hari ini buat selama lamanya. Begitulah kisah salah seorang mangsa yang terkorban dalam kejadian tragedi helikopter terhempas dekat Taman Melawati, Ampang, Selangor, Ahad.

Apa yang menyentuh hati, bapa kepada salah seorang mangsa yang terkorban, arwah Mohd Irfan Mohamed Rawi sempat menitipkan pesan terakhir selain ibunya sempat bertanyakan soalan kepada arwah, malam sebelum kejadian.

“Bawak Molek Heli Tu, Loni Musim Angin Ribut,” Ayah Sempat Tinggal Pesan Terakhir Sebelum Anak ‘Pergi’

 

Semakan di media sosial mendapati posting yang dibuat salah seorang mangsa yang terkorban, Mohd Irfan Mohamed Rawi, 44, menerusi Facebook Irfan F.Rawi pada Sabtu mula mendapat perhatian netizen.

Arwah ade komen di Facebook nya seolah-olah tahu akan bertembung. Komen arwah `harap-harap tak bertembung dengan saya`.

Rata-rata komen di Facebook arwah mendoakannya.

Berat ku terima perkhabaran ni wahai sahabat.. satu ketika dulu kita selalu braistorm berkaitan isu di udara ini.. semoga keluar allahyarham Irfan F. Rawi tabah menerima dugaan ini, dan allahyarham ditempatkan di kalangan orang beriman – Norazlin Bte Pamuji.

Alfatihah buat sahabat Irfan F. Rawi semoga rohnya dlm kalangan org2 beriman…kata2 banyak terkesan oleh saya berkenaan helikopter dan drone, terutama mlm tadi…. al-fatihah – Rashidee Shahrill.

alfatihah buat sahabatku Irfan F. Rawi , mangsa nahas helikopter yg terhempas td..moga tenang di sana..msh rasa x percaya dgn apa yg berlaku..moga seluruh keluarga arwah bersabar dan redha..innalillahi wa inna ilaihi rooji’uun – Ummu Faqeh.

Allahuakbar.. Innalillahi wainna ilaihirajiun.Irfan F. Rawi Rakan sekolah yang rajin bertanya khabar kawan2 lama.Semoga Allah mengampunkan segala dosanya dan memberi kekuatan dan kesabaran kepada keluarganya. Amin. – Dinie Cob.

Allahuakhbar…beratnya perkhabaran ini. Apakan daya sampai masanya. Innalillahiwainailahirajiun…sahabat baik satu sek rendah smp la menengah…sempat reunion dgn arwah 2 tahun lps.Sebelum ni arwah pernah bagi baju dan cap honda repsol sbg kenangan player bigbike.Moga arwah ditempatkan dikalangan org yg beriman.Amin.Al-fatihah – Pok Chak.


Menerusi pernyataan diri di laman Facebook miliknya, mangsa merupakan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif IR Technic Sdn Bhd dan berasal dari Kota Bharu, Kelantan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Mohamad Farouk Eshak mengesahkan dua ma4ngsa yang m4aut adalah Mohd Irfan dan Mohd Sabri Baharom.

Dua mangsa yang terselamat pula adalah bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Berhad (MAS), Datuk Ahmad Jauhari Yahya dan Tan Chai Elan.

Semoga Roh Arwah Ditempatkan Di kalangan Orang-orang Beriman dan Ahli Syurga.  Amin YRA.. Al-Fatihah.

Sumber & Gambar: Facebook Irfan F. Rawi 

[VIDEO] Helikopter terhempas berhampiran Taman Melawati (Kemaskini)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker