Belanjawan lihat aspek pendapatan berbanding perbelanjaan rakyat

Bantuan ‘one-off’ membantu rakyat tapi bersifat sangat sementara

SECARA tuntasnya, kita dapat lihat memang banyak bantuan diberikan kepada rakyat bagi Belanjawan 2021. Ada beberapa perkara yang menarik perhatian saya dalam belanjawan kali ini.

1. Bantuan kepada usahawan Bumiputera yang diperuntukan sejumlah RM4.6 billiion termasuk untuk usahawan kecil dan sederhana.

2. Peruntukan dalam bentuk sumbangan kepada barisan harapan juga diberikan RM30juta untuk penjagaan anak-anak mereka.

3. Peruntukan sebanyak RM400 juta untuk penghapusan hutang peneroka-peneroka FELDA.



4. Peruntukan RM20 juta bagi menambah baik infrastruktur dan mempergiat promosi kampung-kampung budaya di Terengganu, Melaka, Sarawak dan Negeri Sembilan.

Dan banyak lagi yang saya fikir bermanfaat untuk rakyat.

Walaubagaimanapun, ingin saya ulas sedikit tentang kelompongan-kelompongan yang mungkin ada supaya pihak kerajaan dapat menambahbaik sebelum belanjawan ini benar-benar diluluskan.

1. Jumlah RM6.5 billion telah diperuntukkan di bawah program Bantuan Prihatin Rakyat yang dijangka akan memberikan manfaat kepada 8 juta rakyat. Alhamdulillah, ini satu inisiatif yang baik. Walaubagaimanapun, bantuan ini hanya bersifat ‘one-off’ sedangkan isu ekonomi dijangka berpanjangan, jadi ianya tidak cukup dan tidak dapat menyelesaikan masalah rakyat.



COVID-19: Pengeluaran KWSP Akaun 1, Najib jawab semula kerajaan

Di samping memberikan bantuan kewangan (sekadar one-off) ini tidak mampu menyelesaikan masalah secara menyeluruh kerana mereka ini mempunyai pinjaman bank dan sebagainya. Jadi tidak diberikan pelepasan hutang ataupun paling tidak diberikan moratorium yang lebih panjang atau dikurangkan kadar faedah. Pihak bank sudah untung berbillion ringgit, maka inilah masanya mereka sedikit “berkorban” dlm bentuk mengurangkan kadar faedah Bagi B40 ke bawah perlu diberikan pelepasan hutang. Ini masanya pihak institusi kewangan menunjukkan sifat prihatin mereka kepada rakyat.

2. Belanjawan kali ini juga dikatakan akan mewujudkan sekitar 500,000 peluang pekerjaan. Walaubagaimanapun, jumlah yang hilang pekerjaan dilaporkan sekitar 2.4 juta. Jadi, sudah pasti peluang pekerjaan yang diwujudkan 500,000 tidak dapat menyelesaikan masalah pengangguran. Itu pun kita perlu perhalusi apakah jenis-jenis peluang pekerjaan yang bakal diwujudkan itu.



3. Tiada peruntukan khusus bagi mempertingkatkan kegiatan institusi-institusi, persatuan-persatuan dan NGO-NGO Islam ke arah memperkasakan agenda Islam di Malaysia. Ini sangat penting dalam membentuk jati diri rakyat terutamanya yang beragama Islam terutama dalam menghadapi kesukaran hidup ketika krisis ini. Kita tidak boleh sekadar memberikan bantuan kewangan semata-mata tetapi penyelesaian dalam bentuk kerohanian juga penting. Kita tidak mahu mewujudkan masyarakat yang hanya memikirkan material sahaja, tetapi sebaliknya perlu diimbangi dengan kerohanian dan spiritualnya.

4. Golongan usahawan mengharapkan  pengurangan kadar cukai agar bebanan dikurangkan terutama kadar-kadar denda yang dikenakan yang dilhat sangat menekan usahawan tetapi tidak dinyatakan.

5. Pihak yang memegang konsesi tol juga seharusnya memberikan pengurangan kerana terlalu banyak bayaran dikenakan di jalan raya. Tidak ada inisiatif yang berkaitan diperuntukkan dalam belanjawan kali ini.

JASA: Penjawat Awam Yang Diberhentikan Kerja Secara Zalim Oleh PH – Tun Faisal



Secara umumnya, saya melihat bahawa pendekatan kerajaan dalam belanjawan kali ini banyak melihat dari aspek pendapatan tetapi tidak dari aspek perbelanjaan yang dihadapi rakyat. Bantuan-bantuan berupa ‘one-off’ tidak banyak membantu kerana perbelanjaan masih kekal sama ada dalam bentuk pinjaman mahupun keperluan harian yang lain.

Walaubagaimanapun, bantuan-bantuan ‘one-off’ sebegini memang dapat membantu rakyat tetapi bersifat sangat sementara. Jadi kitalah rakyat yang perlu berhemah dalam perbelanjaan dan cekal dalam menghdapi kesukaran yang dijangka akan berpanjangan berikutan krisis ini.

Saya berharap agar kerajaan dapat mengambil perhatian maklum-maklum balas dari rakyat berkenaan belanjawan kali ini selain maklum balas dari ekonomis dan ahli-ahli politik sahaja



Aminuddin Yahaya
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker