JASA: Penjawat Awam Yang Diberhentikan Kerja Secara Zalim Oleh PH – Tun Faisal

Oleh : Tun Faisal

TERIMA KASIH KERANA MENGEMBALIKAN JASA, SEMOGA HAK PEGAWAI JASA YANG DIBERHENTIKAN SECARA ZALIM OLEH KERAJAAN PAKATAN HARAPAN DIKEMBALIKAN

Alhamdulillah, dulu PH takut sgt dgn JASA sampai terpaksa tutup JASA & buang pegawai JASA sdgkan mereka bukan lantikan politik. Pegawai JASA telah dinafikan hak mereka di bwh PH. Terima kasih kerajaan PN yg menghidupkan kembali JASA. Semoga dpt kembalikan hak mereka yg dizalimi.



Apabila secara tiba2 JASA diserang oleh geng2 PH selepas pembentangan Belanjawan 2021, kita tahu JASA sangat efektif dlm memerangi Pakatan. Itulah sebab sebenar JASA ditutup dan sekitar 800 orang pegawai JASA diberhentikan dan hilang mata pencarian serta merta sebaik saja Pakatan memerintah.

Kenapa JASA dibenci Pakatan? Salah satu sebab

1.  JASA adalah salah satu jabatan yg paling terkehadapan memerangi penipuan Pakatan dlm PRU14.



2. JASA memerangi ideologi cauvinistik PH & tindakan2 mereka yg bertentangan dgn Perlembagaan

3. JASA sgt hampir dgn rakyat akar umbi, terutama rakyat yang di luar bandar, orang Melayu dan umat Islam.

4. Salah satu peranan JASA yang dibenci Pakatan adalah kerana ia membantu menstabilkan politik dan kerajaan. Sedangkan Pakatan bergerak atas hasutan, fitnah dan politik kebencian, memainkan sentimen agama dan perkauman serta menggerakkan usaha menghuru harakan kestabilan politik dan negara.

Kerajaan PH bukan sahaja bertindak rakus dan tergesa2 ketika menutup JASA sebaik sahaja mereka berkuasa, malah bertindak zalim kerana menghentikan mereka yg bukan merupakan lantikan politik, sebaliknya lantikan kerajaan yang sah berdasarkan merit, kelayakan, pengalaman, kemahiran dan yang melalui proses lantikan JPA dan SPA.



JASA yang dianggotai pegawai2 baru perlulah memahami sepenuhnya aspirasi JASA dan paling penting, tak boleh la TAKUT2 UNTUK MEMPERTAHANKAN KERAJAAN, JASA KENA BERANI TAMPIL KE BARISAN PALING HADAPAN

Tun Faisal Ismail adalah
Bekas Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik Dan Panel Pemikir JASA. Tulisan ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian Buletin

Jasa akan kembali beroperasi – Zahidi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker