Bekas CEO MAS antara mangsa insiden helikopter di Ampang?

 

KUALA LUMPUR- Bekas Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya, dipercayai  antara mangsa insiden kemalangan yang membabitkan dua buah helikopter  di Taman Melawati, Ampang, Selangor pagi tadi.

Bagaimanapun Ahmad Jauhari dipercayai terselamat. Setakat ini dua orang yang dilaporkan meninggal ialah Mohd Sabri Baharum, dan Mohd Irfan Rawi.



Kami belum dapat mengesahkan status Ahmad Jauhari.

Ahmad Jauhari Yahya merupakann bekas Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif  MAS yahg berhadapan dua krisis terbesar pada 2014 dan 2015 iaitu  tragedi, MH370 dan MH17.

Polis sudah mengenal pasti identiti empat mangsa yang terbabit dalam kejadian kemalangan helikopter yang menyebabkan satu helikopter terhempas di Taman Melawati di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, mangsa yang maut adalah Mohamed Sabri Baharom, 56, dan Mohd Irfan Fikri Mohamed Rawi, 44.



Menurutnya, dua lagi penumpang yang selamat dikenali sebagai Datuk Ahmad Jauhari Yahya, 66, dan Tan Chai Eian, 51.

“Polis kini sedang menyiasat kemungkinan ada penumpang lain yang terbabit dalam kejadian ini.

“Dua helikopter ini daripada syarikat yang sama dan dipercayai dalam penerbangan dari Subang menuju ke Genting Sempah,” katanya dalam sidang media di lokasi, hari ini.

Beliau berkata, siasatan polis setakat ini memfokuskan kepada punca kematian.



Katanya, punca kemalangan membabitkan dua helikopter akan dijalankan Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

 

[VIDEO] Helikopter terhempas berhampiran Taman Melawati (Kemaskini)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker