Rundingan kerusi PH-BN untuk PRN, keputusan mesyuarat semalam jadi tanda tanya

KUALA LUMPUR – Pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri masih menjadi teka-teki dengan pemimpin yang hadir terus membisu.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, bagaimanapun, berkata, perbincangan yang dipengerusikannya berjalan lancar namun tidak dapat mendedahkan perinciannya.

“Tiada komen mengenai butiran tetapi pernbincangan berjalan lancar,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat tiga jam itu di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, malam Khamis.



Antara pemimpin Kerajaan Perpaduan yang hadir adalah Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan; Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said; Timbalan Setiausaha Agung DAP, Liew Chin Tong dan Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abd Samad.

Rafizi pada Khamis dilapor berkata, rundingan akhir berkaitan pembahagian kerusi antara PH dan BN menumpukan kepada kesepakatan parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan bagi menetapkan agihan kerusi DUN.

Enam negeri yang akan mengadakan PRN adalah Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu dan Kelantan. – Bernama

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul bayar edah RM15 ribu, nafkah anak RM6 ribu sebulan, insuran RM3.5 ribu dan percutian RM5 ribu setahun



Sophia Albarakbah bikin hal lagi?

Penunggang Ducati elak motosikal lawan arus maut jatuh dari Lebuhraya SUKE [VIDEO]



Kes saman Puteri Sarah terhadap Ira selesai

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker