Potong peruntukan kesihatan sama seperti biar pesakit kencing manis mati, kata Kadir

Pemotongan peruntukan untuk perbelanjaan kesihatan tidak ubah seperti membiarkan pesakit kencing manis dan jantung mati, kata blogger A Kadir Jasin yang juga bekas penasihat media Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, peruntukan dalam Belanjawan 2021 itu nampak seolah-olah kerajaan Perikatan Nasional (PN) hendak menyelamatkan rakyat daripada Covid-19 tetapi membiarkan mereka mati kerana kencing manis, sakit jantung, barah dan penyakit pernafasan.

“Sudahlah rakyat jelata yang menderita penyakit-penyakit berkenaan amat terdedah kepada Covid-19, mengurangkan peruntukan rawatan mereka atau menyukarkan akses mereka kepada rawatan samalah dengan menyerahkan mereka kepada Covid-19 untuk dibunuh,” katanya dalam catatan di Facebook hari ini.

Belanjawan 2021 memperuntukkan RM17 bilion untuk dana Covid-19 tetapi pengkritik menyatakan terdapat pemotongan untuk pelbagai perkhidmatan penjagaan kesihatan, dan anggaran belanjawan menunjukkan penurunan sebanyak 77% perbelanjaan untuk nefrologi, penurunan 74% bagi farmasi dan bekalan, dan 58% penurunan untuk radioterapi dan onkologi.



Kadir berkata, carta peruntukan untuk sebahagian keperluan Kementerian Kesihatan menunjukkan “omong kosong atau tipu helah” kerajaan PN dan beliau mengingatkan ahli Parlimen mengenai tanggungjawab mereka untuk menyemak dan membuat pindaan kepada peruntukan dan unjuran yang bercanggah atau tidak tepat dalam belanjawan sebelum terbaru-buru meluluskannya.

Beliau turut berkata, belanjawan itu terlalu optimis dari segi unjuran untuk pungutan cukai. FMT

Biar Guan Eng Bongkar Guan Eng – Najib



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker