Emma Maembong dedah jantina bakal anak kedua

Emma Maembong dedah jantina bakal anak

Pelakon Emma Maembong yang sedang sarat hamil mendedahkan bakal menimang cahaya mata lelaki dalam sebuah majlis pengumuman baru-baru ini.

Berita gembira itu dikongsikan menerusi video yang tular di TikTok memperlihatkan ahli keluarga dan rakan-rakan teruja pada majlis ‘gender reveal’ berkenaan.

Emma yang ditemani suaminya memecahkan belon yang mengeluarkan kertas-kertas kecil berwarna biru menggambarkan bayi lelaki.

Rata-rata rakan-rakan yang turut berada di majlis itu mengucapkan tahniah kepada Emma dan suaminya, Muhammad Shazli Azhar.

Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani sekitar awal Februari lalu menerusi Instagram meluahkan rasa syukur apabila dia dan suaminya bakal menimang cahaya mata kedua.

Menerusi video berkenaan, dia seolah-olah meminta suaminya membuat review produk di IG, namun wajah Shazli tiba-tiba terkejut apabila ternampak kit kehamilan di dalam kotak di hadapannya.

Shazli terus mengambilnya dan memeluk Emma sambil bertanya kebenarannya seolah-olah bagai tidak percaya di atas rezeki itu.

Emma juga pelakon drama Nusyuz Berkiblat Cinta itu mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari 2020.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Shariq Gabriel yang kini berusia dua tahun. HM

Emma Maembong dedah jantina bakal anak

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cerita Bossku belum tamat – Khairy

Syamsul dakwa Puteri Sarah curang dengan bekas kekasih

Adi Putra Digugurkan dari Mat Kilau 2

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker