MATA kecewa dengan Belanjawan 2021

Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA kecewa dengan pembentangan Belanjawan 2021 kerana ianya tidak membantu penggiat pelancongan untuk memperkasa industri pelancongan negara.

Melalui Strategi ke 2 iaitu Memperkukuh Sektor-sektor Tumpuan, Langkah ke 3 Belanjawan 2021 – Kelangsungan Industri Pelancongan – kerajaan hanya menyentuh beberapa sektor didalam industri pelancongan sahaja.

Adakah peniaga dan penjaja PKS pelancongan yang terjejas hanya berlaku di Sabah? Bagaimana pula keadaan peniaga tersebut di Sarawak mahupun di Semenanjung?

Mungkin di mata kerajaan, peniaga-peniaga selain di Sabah ini masih mengaut keuntungan pada ketika ini?! Jadi kami tidak faham rasionalnya kerajaan hanya menyalurkan Geran Khas Prihatin Tambahan sebanyak RM1,000 hanya di Sabah.

Presidennya, Datuk Mohd Khalid Harun berkata, kini, tumpuan MATA hanyalah pada Skim Pembiayaan Sektor Pelancongan PENJANA sebanyak RM1 bilion yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada bulan Jun yang lalu.

Ini pun penggiat pelancongan merasakan seperti dipermainkan oleh pihak institusi kewangan kerana selepas 5 bulan diumumkan, hanya 3% dana tersebut telah diluluskan permohonannya oleh mereka.

”Sebab itu kami mengesyorkan supaya Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) untuk menguruskan dana tersebut kerana MOTAC lebih memahami keadaan penggiat pelancongan ketika ini.

”Kami juga terkejut kerana pada ketika ini apa yang kami harapkan adalah kerajaan dapat memberikan solusi terhadap pinjaman kenderaan oleh pengusaha bas persiaran yang ditekan oleh syarikat pemberian kredit.

”Ini disebabkan bas-bas semuanya tidak dapat beroperasi dan memungkinkan mereka menjadi bankrap.
Bukannya kena menunggu untuk penggubalan Akta Kredit Pengguna yang kita tidak tahu bila akan dibahas dan digazetkan.

”Inilah membuatkan kami sangat kecewa dengan Belanjawan 2021 kerana besar kemungkinan daripada 3.6 juta tenaga kerja didalam sektor pelancongan bakal hilang mata pencarian,” katanya dalam kenyataan di sini.

Pun begitu, MATA mengucapkan terima kasih kerana kerajaan menyediakan peruntukan latihan kepada kakitangan dari syarikat penerbangan – tetapi bagaimana pula dengan kakitangan hotel yang terpaksa ditutup operasi kerana tiada bisnes.

Namun, katanya, bagi pengusaha hotel yang masih mampu bertahan, mungkin mereka dapat menarik
sedikit nafas lega dengan pengecualian levi tabung HRDF bermula Januari 2021.

”Mungkinkah pelancongan akan berkubur dengan Belanjawan 2021 ini?! Masih adakah harapan didalam Industri Pelancongan Malaysia?,” soalnya. MG

Mata twitch (berkedip) dan punca-puncanya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker