Berapa peratus sahaja dari rakyat boleh keluar akaun 1 KWSP? – Zahida

Share

Pergerakan Puteri UMNO tidak berpuashati dengan keputusan mengeluarkan RM500 sebulan sahaja daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Ketuanya, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, pengeluaran selama 12 bulan itu dengan jumlah RM6,000 hanya melibatkan sebilangan pencarum sahaja.

“Soalan saya jika kepada 600, 000 pencarum, siapa sahaja yang layak? Bilangan itu, berapa peratus daripada keseluruhan rakyat yang terbeban dan perlukan kewangan?” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas Belanjawan 2021 yang dibentangkan semalam.

Justeru Zahida masih konsisten dengan cadangan sebelum ini mahu pengeluaran 30 peratus atau had maksimum RM10, 000 wang KWSP dikreditkan secara bulanan kepada pencarum.

“Kalau perlu pencarum boleh mohon, kalau tidak, simpanan tidak diusik dan bukannya dengan menghadkan hanya sebilangan pencarum yang layak,” katanya lagi.

Belanjawan 2021 menetapkan hanya golongan yang terkesan kerana diberhentikan kerja sahaja layak mengeluarkan wang daripada Akaun 1 KWSP. MG

COVID-19: Pengeluaran KWSP Akaun 1, Najib jawab semula kerajaan

Leave a Reply