‘Derma’ syarikat jauh lebih kecil dari Cukai Durian Runtuh’
Sumbangan wang oleh syarikat Kossan Rubber Industries Bhd, Top Glove Corp Bhd, Hartalega Holdings Bhd dan Supermax Corp Bhd sebanyak RM400 juta kepada kerajaan bagi menangani wabak Covid-19 jauh lebih kecil daripada dana yang akan dikumpulkan melalui pengenalan Cukai Durian Runtuh (Windfall Tax).
Presiden Institut Akauntan Malaysia, Verindeerjeet Singh ditanya mengenai perkara itu dalam program Consider This di Astro Awani yang dihoskan oleh Melissa Idris dan Sharaad Kuttan.
“Adakah anda melihat ini sebagai pengganti Cukai Durian Runtuh yang diharap akan diumumkan? Dan adakah Cukai Durian Runtuh jauh lebih besar?” soal Melisa.
“Semua orang menharapkan Cukai Durian Runtuh tapi sebenarnya RM400 juta yang diberi pengeluar sarung tangan sebenarnya sama seperti Cukai Durian Runtuh,” kata Verindeerjeet.
“Apapun yang ada sebut, secara tidak langsung ia adalah perkara yang sama,” katanya pada awalnya.
Mahathir, Pejuang tak boleh pergi jauh tanpa Pakatan Harapan
Bagaimanapun ketika diasak oleh Sharaad yang mengatakan bahawa “Jika anda melihat jumlahnya, kerajaan akan memperoleh sejumlah RM 4.8 bilion dari syarikat-syarikat ini.
“Kerugian itu nampaknya cukup mengejutkan antara sumbangan dan permintaan untuk cukai yang sah?”
Untuk ini Verinderjeet bersetuju dengan pendapat tersebut.
Katanya Malaysia pernah mempunyai akses keuntungan cukai pada masa lalu sebelum ia dihapuskan dan ini merupakan sebab syarikat mengaut keuntungan besar.
Verinderjeet bersetuju bahawa sekiranya cukai tambahan lima peratus di atas keuntungan yang melepasi ambang tertentu, kerajaan akan mendapat lebih banyak hasil.
“Tetapi cabarannya di sini adalah jika anda memperkenalkan ini secara tiba-tiba (…) yang sebenarnya boleh mematikan pelabur dan itulah perkara yang yang harus anda uruskan,” katanya.
Cadangan untuk mengenakan Cukai Durian Runtuh dibuat selepas sektor sarung tangan memperolehi keuntungan luar biasa berikutan lonjakan permintaan sarung tangan akibat wabak Covid-19.
Bagaimanapun, cukai tersebut tidak dapat dilaksanakan dan sebaliknya syarikat-syarikat tersebut mengumumkan sumbangan kepada kerajaan.
Top Glove berkata ia menyumbangkan RM185 juta untuk dana itu, Supermax akan menyumbang RM75 juta, Kossan mengesahkan akan menawarkan RM50 juta dan Hartalega dalam satu kenyataan mengatakan akan menyumbang RM90 juta untuk dana tersebut.