Tengku Permaisuri Selangor sumbang motosikal pada Nur Athirah

SHAH ALAM: Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menyampaikan sumbangan peribadi berupa sebuah motosikal kepada Nur Athirah Abdul Latiff yang ditimpa musibah apabila motosikalnya dicuri ketika melakukan penghantaran makanan di Batu Caves, kelmarin.

Dalam satu kenyataan yang dikongsikan di Facebook Selangor Royal Office, Tengku Permaisuri Norashikin menzahirkan rasa sedih dan terharu apabila membaca berita yang tular mengenai nasib malang menimpa Nur Athirah.

Sumbangan itu disampaikan Juruiring Polis (ADC) kepada Tengku Permaisuri Selangor, Inspektor Noor Hidayu Aziz.

Agong, Permaisuri berkenan Emolumen Diraja tidak dibayar 6 bulan

Nur Athirah yang menanggung keluarga hasil pendapatan sebagai penghantar makanan adalah anak kedua daripada tiga beradik dan tinggal bersama ibunya di Batu Caves.

Menurut kenyataan itu, Tengku Permaisuri Norashikin berharap dengan sumbangan berkenaan, Nur Athirah akan dapat kembali meneruskan kerja harian dengan sempurna seterusnya membantu keluarga.

Baginda berharap ketika semua diuji dengan pelbagai dugaan, masyarakat lebih berperikemanusiaan dan bertimbang rasa antara satu sama lain.

Baginda turut mendoakan rakyat terus dimurahkan rezeki dan sentiasa di dalam perlindungan Allah SWT.

Terdahulu, motosikal Yamaha 135LC milik Mur Athirah dengan nombor pendaftaran BQF2182 hilang di depan pasar raya Batu Caves.

Nur Athirah berkata, beliau ke pasar raya itu pada jam 1.30 tengah hari untuk mengambil makanan yang dipesan pelanggan dan meletakkan motosikal di kawasan berkenaan.

“Apabila kembali ke kawasan parkir tidak sampai 10 minit, saya dapati motosikal sudah tiada sebelum diberitahu ia dicuri,” katanya.

Isu Jawi : Siapa lebih berpengaruh, Kementerian atau PIBG – Permaisuri

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker