Pilihan raya AS: Pengiraan semua di negeri utama bakal tentukan presiden

ANKARA: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan calon Demokrat, Joe Biden berada dalam persaingan presiden yang sengit, tetapi dengan pengiraan semula di beberapa negeri penting, ia menjadi penentu siapa yang akan menjawat jawatan itu, menurut laporan Agensi Anadolu.

Bekas Naib Presiden, Biden berjaya mencatat kemenangan di tiga negeri yang dimenangi Trump pada 2006 iaitu Michigan, Wisconsin dan Arizona, tetapi Trump bertekad untuk melakukan pengiraan semula di Wisconsin dan mengemukakan tuntutan mahkamah bagi menghentikan pengiraan undi di Michigan serta Pennsylvania atas tuduhan penyelewengan dan penipuan.

Dengan Biden hanya memerlukan 270 undi untuk menang, Trump sebaliknya hari ini mengemukakan tuntutan mahkamah di negeri utama, di Pennsylvania, Michigan dan Georgia berkaitan masalah pengundi yang tidak hadir dan meminta akses pemerhati ke lokasi pengiraan undi.



Dalam satu panggilan tergesa-gesa semalam, peguam Trump iaitu bekas Datuk Bandar New York City, Rudy Giuliani, berkata pada sidang media di Philadelphia bahawa Trump sudah memenangi kedua-duanya, iaitu di Pennsylvania dan keseluruhan pemilihan presiden.

Eric Trump, anak kedua Trump mendakwa bahawa calon Demokrat melakukan penipuan dan mengatakan akan mengajukan tuntutan untuk menghentikan pengiraan undi di negeri itu.

Seperti di Florida semasa pilihan raya tahun 2000 yang terkenal, yang menarik perhatian dan ejekan di seluruh dunia, pengiraan semula boleh dilakukan untuk mengesahkan bahawa tidak ada kesalahan yang dilakukan ketika pilihan raya dan untuk menyelesaikan pertikaian mengenai penipuan dan penyelewengan lain.

Pada 2000, pengiraan semula telah dimulai di Florida, tetapi Mahkamah Agung AS memerintahkannya dihentikan, yang menyerahkan kemenangan itu kepada calon Republik George W. Bush berbanding Naib Presiden dari Demokrat, Al Gore.



Bagaimanapun, di bawah peraturan negeri Wisconsin, pengiraan semula tidak boleh diminta hingga keputusan pengundian disahkan pada 1 Disember.

Membingungkan bagi beberapa pemerhati asing, di AS peraturan pilihan raya tidak ditetapkan di Washington DC, tetapi di peringkat negeri dan kadang-kadang tempatan, yang memerlukan pemeriksaan terhadap pelbagai undang-undang yang berlainan dalam kes-kes membabitkan perselisihan.

Peraturan negeri Wisconsin juga menetapkan bahawa pengiraan semula boleh diminta oleh calon jika persaingan dipisahkan dengan margin satu peratus.

Awal hari ini, Biden mengatasi Trump di ‘Badger State’ sebanyak 0.7 peratus, kurang dari margin terbabit, manakala di ‘Wolverine State’, Michigan, Biden turut mendahului Trump dengan lebih 136,000 undi.



Pengiraan semula di Pennsylvania pada masa ini kelihatan tidak mungkin kerana Trump mendahului Biden sebanyak 2.6 peratus dan negeri hanya memberikan pengiraan automatik jika dipisahkan dengan margin 0.5 peratus atau kurang atau jika pegawai pilihan raya mendapati penyelewengan dalam keputusannya.

Bagaimanapun, masih ada sejumlah besar undi pos untuk dikira di Keystone State, yang memiliki kemungkinan untuk mengalahkan perlumbaan.

Di negeri lain, kempen Trump dan Biden belum menunjukkan kemungkinan untuk meminta pengiraan semula dilakukan.

Trump mendahului dengan 1.4 peratus atau 77,000 undi di North Carolina, sebuah negeri penting lain di mana kemungkinan Trump meminta pengiraan semula kerana marginnya berada dalam 10,000 undi atau 0.5 peratus.



Di Nevada, Biden mendahului dengan 0.6 peratus atau 7,600 undi di mana tidak ada proses automatik, tetapi calon dapat meminta untuk kiraan semula jika dia membayar anggaran kosnya, dan akan dibayar balik jika pengiraan itu membatalkan keputusan sebelumnya.

Trump mendahului di Georgia dengan 0.4 peratus atau 22,000 undi, dan tanpa pengiraan semula secara automatik, calon boleh memohonnya jika dipisahkan dengan margin 0.5 peratus atau kurang. – BERNAMA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker