KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju menghapuskan faedah hutang kebun peneroka FELDA dengan memperuntukkan sebanyak RM400 juta.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata kerajaan memperuntukkan RM400 juta untuk menghapuskan faedah hutang kebun peneroka dan menyediakan program pembangunan peneroka bagi mendapatkan hasil baharu.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Pemimpin veteran Umno, Tan Sri Shahrir Abdul Samad mengecam Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dianggap sebagai gila korporat. Kritikan bekas Pengerusi Felda itu ekoran peruntukan Belanjawan 2021 bagi penghapusan faedah hutang kebun peneroka dan program pendapatan tambahan golongan tersebut. “Maklumat yang…
Saya yang lupuskan hutang peneroka Felda - Anwar Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan beliau yang menandatangani pelupusan hutang peneroka Felda RM8.3 bilion. Beliau berkata, walaupun pentadbiran sebelum ini bersetuju menyelesaikan hutang itu, namun janji itu tidak diselesaikan. “Memang ada persetujuan dulu, tapi tak selesai. Belanjawan 2021 Perikatan Nasional (PN), 2022…
Pengerusi PN Muhyiddin Yassin digesa untuk memfailkan saman terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim berhubung isu penghapusan hutang peneroka Felda. Exco Pemuda Amanah Fadhli Umar Aminolhuda berkata Muhyiddin perlu berbuat demikian setelah berkata Anwar menipu apabila berkata presiden Bersatu itu tidak melupuskan hutang Felda berjumlah RM8.3 bilion pada 2021 ketika menjadi perdana menteri.…
You must be logged in to post a comment.