Tiada had ketika undi belah bahagi, cuma ketika perbahasan – Azhar

Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun menjelaskan bahawa langkah pencegahan Covid-19 untuk hanya membenarkan 80 Ahli Parlimen di Dewan Rakyat pada satu masa tidak akan dikuatkuasakan apabila ada undi belah bahagi (bloc voting).

Langkah berkenaan merupakan salah satu daripada sembilan langkah yang dibacakan oleh Timbalan Speaker Abdul Rashid Hasnon pagi ini .

Azhar seterusnya menjawab pertanyaan Ahli Parlimen termasuk RSN Rayer (PH-Jelutong) mengenai perkara itu.

Rayer bertanya mengenai jumlah ganjil iaitu 41 anggota parlimen kerajaan berbanding 39 anggota parlimen pembangkang.

Azhar mengulangi bahawa ia adalah keputusan konsensus yang dicapai di antara ketuw Whip parti yang hadir dalam pertemuan yang diadakan semalam.

“Mengenai 80 orang ini kita bersetuju 41 (kerajaan), 39 (pembangkang) untuk mencerminkan majoriti di dalam Dewan Rakyat sekarang. (Langkah) itu (dikuatkuasakan) semasa kehadiran dan perbahasan sahaja.

“Tetapi kalau ditakdirkan ada undi belah bagian maka kita dah setuju untuk membunyikan loceng dua minit, dan ditempohkan lagi 10 minit supaya semua ahli parlimenyang berada di luar dewan dapat datang dan mengundi,” katanya.

Azhar kemudian mengulas lanjut selepas diminta Rayer, bahawa alasan di sebalik langkah itu adalah untuk mengehadkan tempoh 222 anggota parlimen terdedah dalam kumpulan yang besar.

“Waktu pengundian mungkin kita akan mengehadkannya kepada 15 atau 20 minit,” tambahnya.

Azhar juga mengumumkan bahawa sidang media oleh menteri dan Ahli Parlimen lain setelah pembentangan Belanjawan 2021 esok akan diadakan di kawasan jamuan parlimen, kerana sekatan pergerakan yang dikenakan ke atas organisasi media terpilih yang dibenarkan untuk membuat liputan prosiding.

Dr Xavier Jayakumar (PKR-Kuala Langat) kemudian mempersoalkan Azhar mengenai sekatan media yang dikecam oleh kumpulan kebebasan media sebagai pelanggaran hak media untuk menjalankan tugas.

Azhar, bagaimanapun, menegaskan bahawa pengorbanan harus dilakukan oleh semua pihak untuk mematuhi garis panduan pencegahan Covid-19 yang meliputi penjarakan fizikal. Mk

Pengerusi SPR label pengundi Kelantan di KL sebagai kaki kelab malam?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker