Tak Mampu Bayar Gaji, Inul Daratista Berhentikan 1,500 Pekerja, Tutup Sementara Pusat Karaoke Akibat Pandemik COVID-19

Tak Mampu Bayar Gaji, Inul Daratista Berhentikan 1,500 Pekerja, Tutup Sementara Pusat Karaoke Akibat Pandemik COVID-19

Pandemik COVID-19 yang menular di seluruh dunia pastinya memberi kesan kepada pelbagai sektor perniagaan.Tidak terkecuali daripada kesan buruk, penyanyi dangdut popular Indonesia, Inul Daratista terpaksa menutup sementara 20 cawangan pusat karaoke miliknya di Jakarta.

Memetik laporan merdeka.com, penyanyi lagu Goyang Inul ini juga telah memberhentikan seramai 1,500 pekerja akibat menanggung kerugian dalam perniagaan sepanjang pandemik COVID-19.


Difahamkan, Inul yang memiliki 60 pusat karaoke di seluruh Indonesia itu akui telah membayar gaji 8,000 pekerja sebelum ini dengan menggunakan wang sendiri.

“Saya mohon maaf kerana terpaksa memberhentikan para pekerja di Jakarta kerana pusat karaoke di sana sudah tidak beroperasi selama lapan bulan.


“Namun begitu, beberapa cawangan di daerah lain sudah mula beroperasi, satu cawangan sahaja ada 75 pekerja, bayangkan jumlahnya untuk 20 cawangan,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Inul amat berharap tindakannya itu difahami oleh para pekerjanya kerana perniagaannya tidak mampu bertahan menampung kos pembayaran gaji ketika detik sukar ini-GEMPAK

Sumber : Merdeka.com

Ratu Dangdut, Ratu Gedik tak sempat dinobat di Kota Bharu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker