Hasil kerajaan naik 2019 hanya kerana duit Petronas dijarah

Rata-rata pemimpin PH sedang menipu Raykat dengan membuat claim kerajaan mereka amat baik sebab hasil kerajaan meningkat 13.5% tahun lepas ke RM264.4 bilion.

Tanya mereka: Bagaimana pula hasil kerajaan mampu naik tahun 2019 lepas sedangkan GST sudah tiada, ekonomi paling teruk sejak 10 tahun lalu, share market paling corot dalam dunia dan harga minyak dunia rendah?

Selain banyak menjual aset-aset negara secara lambak, bahagian besar kenaikan hasil kerajaan tahun lepas adalah dari kenaikan dividen Petronas sebanyak RM30 bilion tahun lepas – menjadikan jumlah dividen tahun lepas sebanyak RM54 bilion iaitu RM38 bilion lebih tinggi berbanding masa BN.

Rizab tunai RM174 bilion Petronas ditinggalkan kerajaan BN pada PRU14 dijarah begitu sahaja oleh PH untuk dua tahun berturut-turut.
Kononnya untuk membayar balik baki tuntutan GST refund tapi tidak dibayar PH pulak walaupun GST sudah dimansuhkan oleh PH lebih dua tahun dahulu:



“Feb 2020: RM7.8b in outstanding GST refunds not returned to taxpayers yet — FMM”
https://www.theedgemarkets.com/…/rm78b-outstanding-gst…

“April 2020: Master Builders Association Malaysia urge gov’t to repay outstanding GST refunds to ease cash flow”
https://www.malaysiakini.com/news/520783

Wang Petronas sudah diambil kerajaan PH kononnya nak bayar refund GST tapi tak dibayar pula – sehingga orangramai mengadu.
Kalau PH masih nak claim, tanya PH soalan ini:

“ADAKAH HASIL KERAJAAN TERMASUK DIVIDEN PETRONAS?”



Lepas itu, tanya kenapa hasil naik 13.5% tetapi defisit kerajaan tahun lepas lebih tinggi berbanding masa BN dan kenapa perbelanjaan PH tahun lepas jauh lebih tinggi berbanding zaman BN.

Dan akibatnya, hutang kerajaan tahun lepas naik pada kadar paling tinggi dalam sejarah sebanyak RM51.8 bilion – iaitu kepada RM792.9 bilion berbanding RM741 bilion pada tahun 2018 dan RM686.8 bilion pada tahun 2017 masa BN.

Hutang negara naik amat laju tahun lepas walaupun dividen Petronas paling tinggi dalam sejarah dan banyak aset-aset negara dijual sehingga aset bersih Khazanah jatuh dari RM116 bilion pada tahun 2017 bawah BN ke RM73 bilion pada akhir tahun 2019.

Lepas itu, Guan Eng amat bangga memberi 30 ringgek kepada Rakyat.



NAJIB RAZAK

Sebelum menang semua tidak patut naik, lepas menang semua naik – Najib



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker